Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 23, 2019 @ 10:00am

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Berinspirasikan mesej Setulus Ikhlas, pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan berpuasa ini, salah satunya berlangsung di Jalan Tukang Besi, Jonker Street, Melaka pada 21 Mei 2019 (Selasa), pukul 3.00 petang – 8.00 malam.

Seiring dengan kempen Setulus Ikhlas, Samsung dan TV3 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjayakan sebuah inisiatif program tanggungjawab sosial korporat  dimana Samsung bersama Galaxy Skuad A dengan berbesar hatinya membina ruang bergambar yang menarik untuk semua pengunjung merakam detik-detik manis bersama keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan ini. Dengan perkongsian gambar dalam laman media sosial dengan #GalaxyA30 #GalaxyA50 #CheckInKampung #eraAbaru, anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar Samsung Galaxy A50 dan A30 dalam peraduan Check-in Kampung bersama Samsung Galaxy Skuad A.

 

 

Antara artis yang hadir ialah, Nabila Razali, Haqiem Rusli dan Ismail Izzani yang juga duta #SetulusIkhlas. Check in kampung kali ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pemain bola sepak dan futsal  kebangsaan, Steffi Sidhu.

Selain mencantikkan suasana lokasi, warga tempatan juga menerima kuih-muih serta dodol yang diagihkan oleh para duta serta kru-kru Setulus Ikhlas. Serta, 100 pengunjung yang pertama berswafoto di ruangan yang dihiasi dan memuat naik gambar tersebut berserta #GalaxyA30 #GalaxyA50 #CheckInKampung #eraAbaru akan menerima goodies bag Samsung.

Turut memeriahkan aktiviti program tanggungjawab sosial korporat ini ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Mansor Bin Sudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram @TV3malaysia. Sebarkan keikhlasan di bulan yang mulia ini serta “Check-in” di Jonker Street, Melaka dan bergambar dengan penuh gaya! Kongsikan gambar-gambar anda di media sosial dengan #setulusikhlas #checkinkampung #eraAbaru.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 5 Jul 2018

Berita Baik Untuk Rakyat Terengganu, Wad Kelas Tiga Bakal Percuma!

Semua golongan tidak kira kaya dan miskin akan dapat menikmati insiatif ini di semua hospital kerajaan seluruh negeri.

Featured Wed, 28 Sep 2022

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Kita semua tuntut ‘di sana’, biar mereka bergembira di dunia – Rita Rudaini

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Sun, 7 Jul 2019
Contest Fri, 29 Mar 2019

#xtraGiveaway: Here are the Winners for Disney On Ice!

Congratulations to all the winners!

error: Content is protected !!