Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 3, 2019 @ 1:35pm

’Cukup Buat Saya Macam Pengemis’- Bekas Isteri Cef Fikree Kecewa Kena Halau Rumah

Di sebalik kesibukan kita membuat persiapan Syawal, nampaknya krisis rumahtangga Cef Fikree Aznan dan bekas isterinya, Zuriehan Ben Yahya belum tamat.

Menerusi laman Instagramnya, wanita ini mendakwa dihalau oleh cef selebriti itu.

“ Malam tu dekat rumah Ara Damansara, awak tak bagi saya masuk. Cakap awak yang bayar sewa.

“ Saya nak ambil kunci awal rebut sampai lebam tangan saya dan semalam dekat rumah Keramat awak ulang benda sama.

“ Saya dalam tempoh edah. Saya dengan anak boleh tinggal situ dalam masa tiga bulan. Baru ceraikan saya tiga hari dah nak halau saya. Bagilah saya cari rumah dulu,” tulisnya di Instagram.

Zuriehan juga memohon agar bekas suami itu tidak terus membulinya dan memikirkan anak mereka yang masih kecil.

“ Saya ni perempuan awak tu lelaki. Sampai sudah nak buli saya. Berhenti, tolong berhenti. Saya dengan Jayden akan keluar. Cukuplah buat saya macam pengemis,” katanya.

Krisis rumah tangga Cef Fikree dan Zuriehan semakin hangat dibualkan oleh warganet selepas wanita ini mendedahkan rumah tangga mereka ‘bergegar’ angkara orang ketiga yang merupakan isteri orang.

Bukan setakat itu, Cef Fikree juga didakwa pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan pengacara televisyen.

Cef selebriti itu juga memohon memberi ruang kepadanya untuk memperbaiki keadaan rumah tangganya sebelum ini sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 May 2023
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

《双世宠妃2》与《千年来说对不起》演员来马宣传

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》中国演员和《千年来说对不起》新加坡演员将来马宣传,与剧迷粉丝们一起同欢共乐!

Featured Thu, 9 Dec 2021

Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Mon, 8 May 2023

Hati Berbolak Balik, Linda Hashim & Beego Tak Jadi Cerai Berkat Bulan Ramadan

Semoga ikatan perkahwinan Beego & Linda kekal hingga akhir hayat

error: Content is protected !!