Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 10, 2019 @ 12:00pm

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Pelakon, Nadia Brian, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan gaya pemakaiannya bagi menjayakan sesi fotografi.

Memilih untuk tidak mudah melatah dengan kecaman dilemparkan oleh warganet terhadap dirinya, Nadia turut menghargai sikap prihatin masing-masing.

“Saya tidak terlalu ambil pusing kecaman dan kata-kata negatif warganet kerana ia takkan pernah berakhir. Namun, saya memohon maaf andai gaya pemakaian saya menerusi hantaran terbabit mengguris hati dan sensitiviti mana-mana pihak.

“Insya-Allah, saya sendiri dalam proses untuk berubah ke arah lebih baik. Begitupun, saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit semata-mata bagi memuaskan hati orang lain. Biarlah perubahan itu datang daripada keikhlasan hati sendiri.

“Gambar yang dikongsi di laman sosial itu pula adalah daripada sesi fotografi dijayakan sebelum ini. Malah, saya juga bersyukur apabila keluarga bakal mentua tidak memperbesarkan perkara itu,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, beberapa perkongsian Nadia di laman Instagramnya mengundang kecaman warganet kerana dia dikatakan semakin seksi sejak bergelar tunangan orang.

Malah, mereka turut mengaitkan keluarga bakal mentua pelakon itu apabila membincangkan mengenai perkara terbabit.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengikat tali pertunangan dengan pengurus akaun di sebuah syarikat swasta, Mu’izz Nasruddin, pada 4 Mei lalu.

Mengulas mengenai tarikh pernikahannya, Nadia, 28, menghela nafas lega apabila berjaya mendapatkan lokasi bersesuaian untuk hari bahagianya, November depan.

“Saya tidak menyangka majlis perkahwinan akan menjadi sebegini rumit kerana ia bukan sekadar membabitkan saya dan Muiz, malah keluarga kedua-dua belah pihak. Selain menepati tema, lokasi itu juga perlu memuatkan jemputan seramai 1,500 orang,” kata Nadia.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya pula, Nadia memberitahu dia bakal memulakan penggambaran drama, Lelaki Seperti Dulu, arahan Eon Suhaimi untuk saluran TV3.

Selain Nadia, drama terbabit turut menampilkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selalu teraju utama.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Kalau tengok video Fatin bagi motivasi, terus bersemangat rasa kan?

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Afgan Bawa Sheila Majid Ke Pentas Konsert Inspirasi 5 Oktober Ini!

Jom ke HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini!

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Mana dah pernah jumpa dekat expo, itulah last pertemuan kita – Sajat 🥺🥺

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Psst…Ini Sebab Korang Kena Tengok Spanar Jaya X!

Jangan lupa saksikan Spanar Jaya X bakal menemui penonton menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari 2019 jam 11 malam. Jangan lupa tengok okay! 

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

#MuzikMuzik33; Debaran Kali Kedua Ben Ladin

Lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian penyanyi Ben Ladin berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33. Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan meluahkan rasa teruja apabila single karya komposer Malique dan Dedeq ketika […]

Featured Wed, 20 Dec 2023
error: Content is protected !!