Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 13, 2019 @ 1:24pm

KWSP Untuk Anak Seni, Perlu Ke?

Sejak Datuk Hans Isaac naik jadi Pengerusi dan Ahmad Idham Nadzri pula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), beberapa perubahan sudah mula kelihatan dalam industri filem tempatan.

Boleh dikatakan setiap idea dilontarkan bagi menjawab pertanyaan media dan khalayak industri mengenai usaha menaikkan industri melalui manifesto cetusan idea mereka sebelum ini sangat mengujakan.

Namun dalam keterujaan mengadap setiap manifesto, bagai ada sesuatu yang pelik apabila ada segelintir anak seni semakin mempersoal relevan atau tidak isu berkaitan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dibangkitkan oleh Pengerusi Finas, diperjuangkan pada masa ini.

Masakan tidak, banyak lagi isu penting dalam industri yang belum diselesaikan sehingga ke hari ini, antaranya isu dana filem, royalti, insurans pekerja, tayangan filem, peluang pekerjaan dan latihan.

Menurut beberapa sumber, isu KWSP seolah lebih diperjuangkan Pengerusi Finas berbanding isu-isu lain yang lebih penting. Lebih mengejutkan, ada dakwaan mengatakan hal KWSP ini tidak pernah pun dibincangkan dalam peringkat pengurusan tertinggi Finas, kiranya ia seolah-olah perjuangan satu hala tanpa perbincangan khusus atau kajian terperinci.

Soalannya, relevan atau tidak Finas melalui Pengerusinya mahu perjuangkan KWSP di saat industri filem tempatan masih terumbang ambing dari segi peluang pekerjaan pun kurang?

Rasanya, semua boleh nampak, penerbitan filem tempatan daripada penerbit kecil dan indie semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Peminat filem tempatan pada masa ini disajikan filem-filem yang diterbitkan syarikat produksi besar yang sememangnya sudah ada pengikut tersendiri. Jadi, apa jadi dengan penerbitan daripada produksi kecil sederhana?

Finas sepatutnya fokus pada pembangunan industri. Jika alasan Pengerusi mahu selesaikan masalah industri, selesaikan perkara yang benar-benar penting terlebih dulu. Kalau diperhatikan betul-betul, isu KWSP bukan penyelesaian yang ditunggu-tunggu oleh industri.

Persoalan lain adalah melihat pembabitan Pengerusi Finas melangkaui tugas dan tanggung jawab asalnya. Ada kala tugas orang lain pun, beliau kelihatan turut masuk campur. Pelik! Bak kata orang, lebih sudu dari kuah. Jadi, soalnya, di mana sistem pembahagian tugas yang efisyen?

Jika mahukan ketelusan dalam pengurusan Finas, rasanya macam tiada perubahan saja dengan pengurusan dulu. Khalayak industri nak tahu, fokus Finas sebenarnya mahu ke mana? Entahlah, anda nilailah sendiri.

Harapan industri filem adalah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia benar-benar faham dengan isu mana lebih penting yang perlu diberi perhatian serius pada masa ini, itu saja.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Meski Sedang Melalui Proses Cerai, Diana Danielle Terbuka Bekerjasama Dengan Farid Kamil

Diana Danielle terbuka bekerjasama dengan Farid Kamil lepas cerai

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Suami Miera Leyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

Suami Miera Leyana didakwa muflis dan tak boleh keluar negara

Hiburan Wed, 1 Apr 2026
Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Akaun Threads Saya Kena Locked” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Baik Ketika Berpantang, Seloroh Aslam Sasar 15 Anak

Menurut Umisya, buat masa ini dia mahu berehat seketika selepas melahirkan anak keempat

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

error: Content is protected !!