Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 27, 2019 @ 10:00pm

‘Jangan Cerewet Pilih Menantu’- Sheila Rusly Ditegur Netizen?

Gara-gara kapsyen di Instagram, pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly ditegur seorang netizen mengenai menantu pilihan. 

Menerusi sebuah entri di Instagram, Sheila memuat naik fotonya bersama anak lelakinya, Uzair Haqimy yang sedang melihat ke skrin telefon bimbit yang dipegangnya.

Sheila dalam kapsyennya berseloroh memberitahu dirinya sedang menilai gadis pilihan anaknya namun mempertikaikan adakah kekasih anaknya itu pandai memasak.

“Yang ni mama approved! Cantik… Manis.. tapi pandai masak tak?” tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Yang ni mama approved! Cantik..manis..?? tapi..pandai masak tak?? @uzairhaqimy69 #nyawa #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Kapsyen tersebut bagaimanapun telah mendapat teguran daripada seorang netizen yang menasihatkannya agar tidak begitu memilih.

“Jangan cerewet memilih menantu… Nanti menantu pun tak suka kita… Apabila anak dah berkahwin biar mereka yang mengatur alam rumahtangga…

“Sebagai mertua kita tak punya hak untuk menegur menantu… Tugas suami yang akan menegur si isteri jika ada yang tak betul,” komen salah seorang pengikutnya itu.

Dengan tenang, Sheila meminta individu berkenaan tidak mengambil serius tentang kapsyen berkenaan. 

“Awak ni dah kenapa ek? Serious naw!! Chill lah lol.. hidup kena ada humour baru ceria dik!” balas Sheila.


Rata-rata pengikutnya juga turut terhibur dengan komen balas dari Sheila.

Sheila mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penerbis JS Pictures, Jinggo atau Azman Yahya dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 23 Jul 2019

Pepper Spray Jangan Lupa Bawa Kalau Korang Tak Nak Kena Macam Wanita Ini…Seram!

Ladies, sentiasa hati-hati apabila berseorangan di luar dan waspada dengan keadaan sekeliling!

Selebriti Fri, 10 Nov 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Wed, 3 Dec 2025

Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”

Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan dan kasih buat isterinya menerusi hantaran di media sosial.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

SOFI JIKAN TAK MAHU PANJANG CERITA

Sofi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

error: Content is protected !!