Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 10, 2019 @ 7:03pm

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara , keadaan Mamat sangat baik dan dia begitu tenang sebaik dibebaskan.

Shirazdeen berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan pada latihan dan persiapan konsert Exists Reunion pada 28 September ini.

“Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” kata Shirazdeen.

Pada Ahad malam, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor.

Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Sementara itu, Shirazdeen juga berkata, selaku penganjur konsert reunion, Shiraz Projects sedang merancang untuk mengundang wartawan dalam sidang media bersama Mamat.

“Kami ada rancangan untuk buat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion,” kata Shirazdeen lagi.

Berita baik ini juga dikongsi oleh Shiraz bersama anggota-anggota Exists Reunion yang lain.

” Tiada yang terbaik untuk kami lafazkan selain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT.
Terima kasih kepada pihak penganjur Shiraz Projects yang sangat peka dan prihatin. Ini menunjukkan pihak penganjur konsert kami menjalankan tanggungjawab yang lebih dari komitmen sebenarnya. Perkara sebegini harus dicontohi oleh yang lain, “ujar anggota Exists Reunion

Pihak Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.

” Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa, “tambah Shiraz.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton

Featured Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Tue, 31 Dec 2024

Disyaki Miliki Ganja Ketika Tunai Umrah, Pelawak Kena Tahan Di Jeddah

Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

《延禧攻略》翻拍越南版有谱?制作人亲自「给答案了」

《延禧攻略》开播后掀起热潮,更在东南亚爆红,最近就传出将翻拍越南版;更有一系列角色的演员名单,在网路上流传,引起热烈讨论。

error: Content is protected !!