Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 12, 2019 @ 7:46pm

“Kami Memang Selalu Bergaduh..” – Cat Farish

“Eh! Mana ada hilangkan diri. Saya ada saja di sini, tengah sibuk siapkan lagu untuk filem Remp-It 2,” kata pelakon dan komposer, Cat Farish.

Ia susulan video dimuat naik pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang ‘mengamuk’ mencari Cat dan dikongsi di IG beliau, beberapa hari lalu.

“Memang dia ada cari tapi saya tiada babak pada hari berkenaan. Dia nak saya datang sebab nak bincang pasal lagu yang nak guna dalam filem Remp-It 2 nanti.

“Kami memang selalu saja bergaduh di set. Biasalah! Gaduh-gaduh manja sebab masing-masing mahu hasilkan yang terbaik,” kata Cat.

 

Menurut Cat, walaupun Farid memarahinya dalam video itu, dia tidak berkecil hati.

“Sejak dulu kami memang macam ni tapi tidaklah sampai bertumbuk,” kata Cat lagi.

Dalam video berdurasi 5 minit itu, Farid dalam nada marah meminta orang ramai yang menemui Cat untuk menyampaikan pesanan kepadanya.

Farid mendakwa, Cat berhutang lagu yang sepatutnya siap sebelum hari ke-22 penggambaran filem Remp-It 2.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Kongsi Video Isteri Bersalin, Abang Terlajak Laris Mohon Maaf!

Datuk Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pihak atas perkongsian video isterinya bersalin.

Featured Fri, 21 Oct 2022
Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Wed, 24 Jan 2024
LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Featured Fri, 13 Dec 2024

Che Ta & Anak Sulung Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA

MARA sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Rozita dan anaknya tetapi disebabkan wujud isu teknikal, ia ditarik balik pada bulan lalu

error: Content is protected !!