Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2024 @ 11:20am

Che Ta & Anak Sulung Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA

Gagal membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bernilai hampir RM1 juta, pelakon popular, Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, bakal disytihar muflis.

Menurut bahagian undang-undang MARA, langkah  itu adalah prosedur susulan yang dilakukan terhadap aktres itu selepas dia gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh tujuh tahun.

Selain itu, pinjaman MARA berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya  sebagai penjamin.

Difahamkan, pada Julai tahun lalu, MARA sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Rozita dan anaknya tetapi disebabkan wujud isu teknikal, ia ditarik balik pada bulan lalu sebelum diteruskan dengan tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pelakon terbabit pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.

Tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.

“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.

“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah.

“Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.

“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya.

Terdahulu, Che Ta menerusi laporan media memaklumkan dia tidak kisah dengan segala laporan media berkenaan isu itu, namun berita yang dilaporkan haruslah betul dan tidak jatuh fitnah.

“Tulislah apa kalian nak tulis untuk aibkan orang, tapi jangan cerita tak betul dan jatuh fitnah. Itu sahaja saya minta.

“Tak kisah, berita apa yang ingin dipamerkan tapi jangan cerita benda palsu,” jelasnya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

ARTIKEL BERKAITAN:Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta Tak Tahu Notis Isytihar Bankrap – “Saya Tak Pernah Lari Bayar Cukai”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2024

Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah

Kes kematian Nidza Afham diklasifikasi diteruskan sebagai mati mengejut (SDR)

Trending Fri, 16 Mar 2018

TMJ Letak Jawatan?

” Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit.

Hiburan Sat, 19 May 2018

Meghan Markle Sahkan Bapanya Tak Hadir Perkahwinan Diraja

Tahniah Megan Markle dan Putera Harry diatas perkahwinan.

Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Sun, 3 Nov 2019

Sarah Hildebrand Sah Isteri Kepada Otto Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Sarah dan semoga kekal hingga ke Jannah!

error: Content is protected !!