Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 13, 2019 @ 4:17pm

Datang Majlis Nikah Rizman, Warganet ‘Usik’ Tok Ti Pula Macam Pengantin

Rasanya ramai tahu hubungan rapat yang terjalin antara pereka fesyen Rizman Ruzaini dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tidak hairanlah jika penyanyi tersohor ini antara tetamu istimewa yang memeriahkan majlis pernikahan Rizman yang diadakan pagi tadi.

Menerusi beberapa entri yang dimuatnaik di Instagram Siti Nurhaliza, rata-rata pengikutnya gembira dengan berita pernikahan Rizman dan isterinya, Nurida Suraya.

Dalam pada itu, segelintir warganet sempat mengusik baju yang digayakan Siti Nurhaliza lebih ‘mengalahkan’ baju pengantin. Ye ke ni? 

“Tok Ti pun nampak macam pengantin,” tulis salah seorang pengikut penyanyi terkenal ini.

Pasangan raja sehari ini mengenakan persalinan warna putih sama seperti pakaian Siti dan suami, Dato’ Sri Khalid Jiwa. Manis dan sepadan sekali! 

Selain Siti Nurhaliza, barisan artis popular antaranya Fazura, Fattah Amin, Nazim Othman dan Alvin Chong turut hadir ke majlis pernikahan Rizman hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 3 Apr 2026

Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Kongsi Status Berpisah, Tak Serik Kembali Jalin Hubungan Cinta

Kata Emma dia reda menerima ketentuan itu walaupun berasa kurang selesa berkongsi mengenai hal peribadinya kepada khalayak.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Events Fri, 27 Jul 2018

Jom! Meriahkan Karnival Jom Heboh Anda Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sabtu Ini

KJH memulakan siri jelajahnya pada 28 & 29 Julai bertempat di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Featured Wed, 11 Sep 2024
Trending Hari Ini Thu, 11 Jun 2020
Featured Fri, 21 Jun 2024
Featured Wed, 25 Sep 2024
error: Content is protected !!