Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Syafiqa Irdina October 9, 2019 @ 2:46pm

Hati-hati! Ini Mungkin Petanda Anda Sedang Menghidapi “Anxiety Disorder”

Sekarang ni, ramai yang menghidapi anxiety disorder atau penyakit keresahan. Anxiety Disorder merupakan sebuah penyakit di mana seseorang mengalami gangguan berlebihan sehingga mengganggu rutin dan kerja harian mereka.

Stress dan resah disebabkan kerja atau nervous memang normal, tetapi kalau stress sehingga menangis tidak tentu arah memang pelik bukan? So, macam mana korang nak tahu jikakorang sekarang ini sedang mengalami penyakit ini.

Nah, Xtra  listkan petanda-petanda Anxiety Disorder yang mungkin korang tak tahu.

  1. Perasaan Takut Tiba-tiba

Jika anda berasa takut secara tiba-tiba tanpa sebab, segeralah berjumpa dengan doktor dan berinteraksi dengan orang ramai. Takut tanpa alasan yang munasabah seperti takut terhadap ketinggian, hujan dan perkara lain. Hati-hati sebab itu adalah tanda-tanda anxiety disorder tau!

 

  1. Susah Untuk Tidur

Gangguan untuk tidur sememangnya berkaitan dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada fizikal mahupun psikologi. Tetapi, kalau korang susah untuk melelapkan mata disebabkan perkara yang kecil yang korang sendiri tak tahu jalan penyelesaiannya,  make sure korang check dengan kadar segera okay! 

 

  1. Panic Attack!

Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ianya seakan-akan sama dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan menyebabkan mereka susah untuk bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh,  jantung berdebar dan lemah tubuh badan.

Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali, bermaksud korang berpotensi mempunyai  simptom anxiety disorder!

                                                                                                  

  1. Sukar Menjalinkan Hubungan

Lagi satu, jika korang mempunyai peristiwa lampau mesti akan trauma dan sentiasa terbayang tentang peristiwa tersebut bukan? Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Malah, hubungan dengan orang terdekat juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Korang mungkin melakukannya tanpa sedar kerana terlalu takut kehilangan mereka. 

Jadi, sekiranya korang mempunyai tanda-tanda yang Xtra listkan ni, pastikan korang cari jalan penyelesaian dengan melakukan ujian saringan di klinik berdekatan supaya korang dapat mengetahui tahap kerisauan dan depresi yang korang alami melalui keputusan ujian tersebut.

Berinteraksilah dengan orang ramai atau kenalan terdekat untuk meredakan keresahan yang korang alami.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?

Hiburan Sun, 19 May 2019

Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah Dynas Mokhtar!

Pelakon Dynas Mokhtar selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat lalu. Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon drama KL Gangster: Underworld menerusi laman Instagramnya sebentar tadi. ” Ketentuan Illahi. Alhamdulillah. MasyAllah anak lelaki untuk kami. Kami […]

LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019

改善抑郁症方法!医生:吃再多药不如先做好6件事

抑郁症是一类发病率较高的精神疾病,除了药物治疗外,还有一些自己改善抑郁症的方法可以尝试。

Trending Tue, 3 Aug 2021

Perlis, Sarawak & Labuan Bakal Beralih Ke Fasa 3 PPN Berkuatkuasa Esok

Tiga negeri yang menunjukkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah […]

Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Winnie K Realisasi Impian Ibu

Good Luck, Winnie K!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ogy Ahmad Daud Kini Mangsa Serangan Netizen?

Tambah Ogy lagi, dia begitu sensitif terhadap isu ini kerana ianya turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah

Featured Sat, 24 May 2025

Hantaran Fazura Tentang Kenapa Wanita Lebih Memilih Diam Curi Perhatian, Fiziwoo Beri Komen ‘Padu’

hantaran tersebut turut  menarik perhatian ramai, termasuk pereka fesyen duo terkenal tanah air, Fiziwoo.

error: Content is protected !!