Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 8, 2019 @ 10:33pm

Ucapan Kali Ini Lebih Bermakna Kerana Sudah Suami Isteri – Sufie Rashid

Isteri kepada penyanyi Sufie Rashid, Nurulain Md Yusof  yang baru sahaja menyambut harijadinya yang ke 28 pada 7 November telah memuat naik satu foto romantisnya dan suami di akaun instagramnya @nuraaen dan  mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya, ahli keluarga, teman-teman rapat dan suaminya yang tercinta sempena ulang tahun kelahirannya itu.

“Harini genap 28 tahun, seberat 50 kilogram dengan ketinggian 159cm (cukup-cukup tinggi ni dapat jadi pramugari dulu). Dikurniakan ibu babah yang sangat baik. Keluarga yang sempurna untuk diri ini.

“Dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan garang. Dia mengajarku bagaimana untuk ‘kuat’ sepertinya walaupun susah (Kadang-kadang tu dia pun menyampah sebab degil sangat) haha

“Diberkati dengan rakan-rakan yang sangat memahami dan hormat-menghormati. Mereka menyayangi diriku seadanya,” tulis Ain di dalam kapsyennya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Harini genap 28tahun, seberat 50 kilogram, dengan ketinggian 159 cm (cukup cukup tinggi ni dapat jadi Stewardess dulu) Dikurniakan ibu babah yang sangat baik. Keluarga yang sempurna untuk diri ini. . Dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan garang ? . He taught me how to be strong like him walupun susah. (Kadang kadang tu dia pun annoyed sbb degil sgt) haha ? . Blessed with circle of friends yang sangat memahami and respect each other. They love me for who i am. Nangis sama sama, snort sama sama. You know who you are. . Diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang sederhana yang sempurna. Diberikan rezeki yang melimpah ruah melalui @krispykruncheee. . Theres nothing else i want in this world. Semoga diri ini dijauhkan dari segala hasad dengki, riak dan takbur dan semoga diri ini sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. . P/s ; Thank you for the surprise guys, walaupun sis mabuk laut ?❤️ Pibeday Aennnnn ? #novemberbaby #seveneleven

A post shared by ????? ? (@nuraaen) on

 “Diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang sederhana, yang sempurna. Diberikan rezeki yang melimpah ruah melalui @krispykruncheee.

“Tiada apa lagi di dalam dunia ini yang saya mahu. Semoga diri ini dijauhkan dari segala hasad dengki, riak dan takbur dan semoga diri ini sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri,” ucap Ain lagi. 

Walaupun mabuk laut, Ain berterima kasih atas ‘kejutan’ sambutan harijadi oleh suami dan rakan-rakannya di atas sebuah kapal layar. 

Sufi juga telah mengucapkan selamat ulang tahun kepada isteri tercinta dengan memuat naik foto kali pertama mereka berkenalan. So sweet!

 


Sufi dan Nurulain mendirikan rumahtangga pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya selepas tiga tahun menyulam cinta. 

Baca: Tiga Tahun Bercinta…Sufie Rashid Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Sumber Foto: Instagram @nuraaen & @sufierashid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Featured Tue, 20 Aug 2024

“Saya Tidak Mahu Kenyataan Saya Memberi Impak Negatif Pada Orang Lain”- Puteri Sarah Liyana

Better Sarah tak cakap apa-apa kan? Kang netizen laju je 🤪

Featured Mon, 17 Nov 2025

“Kepada Haters Teruskan Membitter & Membusuk”- Intan Najuwa

Lebih memeranjatkan terdapat segelintir dalam kalangan netizen  yang sanggup mereka cerita semata-mata mahu menjatuhkannya.

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
error: Content is protected !!