Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri February 21, 2018 @ 4:31am

UJI RASHID MENGAMUK

Artis popular era 70-an, Uji Rashid, baru-baru ini dikatakan mengamuk apabila mengetahui ada pihak yang mengumpul dana di atas namanya. Beliau yang kini masih lagi aktif menyanyi amat kesal dengan perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhlkan maruah beliau.

“Kudrat saya masih kuat untuk menyanyi. Malah saya tiada apa-apa masalah kesihatan sehinggakan ada pihak terpaksa mengutip derma, mengumpul dana seolah-olah saya ini uzur terlantar tenat,” ujar beliau ketika ditemui di Ampang baru-baru ini.

“Janganlah senang-senang memanipulasi berita. Cari kesahiahan berita. Jangan suka menangguk di air keruh.“

“Yang memerlukan bantuan itu, Cico anak saya. Dia juga seorang pelakon, seorang ARTIS. Dan memang benar, setelah sakit, Cico kehilangan sumber pendapatan. Kalau nak kutip dana, kutip dana seharusnya atas nama Cico, BUKAN Uji Rashid.“

Oleh kerana beberapa berita yang terpesong dari fakta, ramai rakan taulan menghubungi Uji dan menyangkakan Uji Rashid yang sakit dan terlantar tenat.

“Cico masih memerlukan rawatan susulan. Rawatan yang diperlukan memang memerlukan sejumlah wang yang agak besar dari masa ke semasa sehinggalah dia pulih sepenuhnya. Tetapi ini bukan bermakna kami ni peminta sedekah. Cukup dengan bantuan dari segi peluang pekerjaan. Kalau nak bantu Cico, boleh hubungi saya. Tetapi bantuan tetap atas nama Cico Harahap dan BUKAN Uji Rashid.“

Baru- baru ini tular di media sosial mengenai satu gerakan mengumpul dana. Paling mengejutkan apabila dihubungi pihak Uji Rashid, persatuan itu mengaku tidak pernah menghubungi Uji Rashid dan hanya akan menyerahkan dana terkumpul itu kepada Persatuan Seniman.

“Saya tidak pernah dihubungi pihak tersebut mahu pun pihak Seniman pun mengenai hal ini. Pelik bukan? Dana dikumpul atas nama saya. Sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah ia tular dan teman-teman artis menghubungi saya kerana menyangkakan saya sedang tenat!” Kata beliau sambil menunjukkan bukti kepada pihak Xtra.

“Bukan tidak bersyukur. Tetapi jangan sampai menjatuhkan maruah pula. Saya masih kuat untuk menyanyi.“

Nampaknya, banyak pihak dilihat terlibat dalam perkara ini rupa-rupanya. Mungkinkah ada pihak yang ingin tampil membuat kenyataan balas?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Faham Makna Keluarga, Tak Paksa Isteri Kerja Jadi Duta” – Individu Puji Aiman Hakim Ridza Suami Bertanggungjawab

Individu tersebut turut menyifatkan Aiman seorang suami yang tidak pernah memaksa isterinya, Zahira untuk bekerja.

Hiburan Tue, 17 May 2022

Hubungan Anak Direstui, Nourul Depp & Maria Farida Bakal Berbesan

Anak bercinta dan hubungan direstui, Nourul dan Maria bakal berbesan.

Selebriti Thu, 11 May 2023
Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Wed, 31 Jul 2024

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Segala spekulasi telah terjawab. Semoga tak ada gosip yang bukan bukan lagi ek

Trending Mon, 18 Jan 2021
error: Content is protected !!