Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 15, 2019 @ 12:00pm

‘Bukan Mahu Popular Tapi…’-AC Mizal Dedah Rahsia Anggota Kumpulan 4U2C

“Dunia glamor dah habis, kami fokus untuk ‘berseronok’ sahaja di pentas,” kata anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal mengenai kemunculan semula mereka, baru-baru ini.

Akui AC mewakili anggota 4U2C yang lain, kekangan masa atas komitmen kerja membuat mereka sukar membuat persembahan bersama.

“Dua daripada anggota kumpulan kini menetap di Indonesia malah salah seorang daripadanya berkahwin dengan wanita dari sana.

“Jadi peluang untuk berkumpul semula agak terbatas. Tetapi bila ada tawaran yang bagus, kami tidak keberatan untuk membuat persembahan bersama.

“Populariti bukan keutamaan 4u2c pada masa ini. Kami dah lalui semua itu dulu. Apa yang kami lakukan di pentas adalah untuk hiburkan peminat yang sejak dulu menyokong muzik kami,” katanya kepada Xtra.

Kumpulan 4U2C pernah mencetuskan fenomena pada awal tahun 1992 dengan lagu hits, Fiona dan Kenangan Cinta.

Kata pemilik nama penuh Mizal Zaini ini, dia dan anggota 4u2C lain tidak pernah melihat wang ringgit sebagai faktor sebelum menerima tawaran menyanyi.

“Percaya atau tidak, tiada di antara kami yang bertanya berapa soal bayaran ketika mendapat tahu ada undangan menyanyi.

“Kami sudah mempunyai kerja dan perniagaan sendiri jadi niat kami untuk naik ke pentas hanya mahu have fun dan mengimbau kenangan lama menerusi lagu lagu terdahulu bersama peminat. Itu lebih ‘mahal’,” kata lelaki berusia 47 tahun ini.

Kumpulan 4u2C dijangka mengadakan persembahan di sebuah festival muzik, Stereo Fest di Sentosa, Singapura bermula 22 Februari tahun depan.

Festival muzik ini dijangka berlangsung selama dua hari yang turut diserikan dengan persembahan Ayda Jebat, Zee Avi, New Boyz dan penyanyi dari Indonesia serta Singapura.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Apr 2023
Events Fri, 27 Jul 2018

#daiTV3 : Agaknya Siapakah Dai’ Yang Bakal Tersingkir?

#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini. 

Events Thu, 24 May 2018

Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Featured Mon, 28 Aug 2023
error: Content is protected !!