Euforia Bola 2026
Contest By: Salma Syahbuddin November 22, 2019 @ 3:53pm

Ejen Ali Pamer Kualiti Grafik Bertaraf ‘International’

Rasa tidak puas untuk menonton semula filem Ejen Ali The Movie pada Tayangan Perdana yang berlangsung di GSC Midvalley, Megamall baru-baru ini sekaligus membuatkan Ejen Ali The Movie ini punya kelasnya tersendiri.

Maka tidak hairanlah jika Datuk Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berhasrat untuk membawa filem ini ke luar negara.

” Saya berpuas hati dan bangga dengan hasil kerja mereka yang terlibat dengan pembikinan filem tersebut. Dengan grafik yang bermutu tinggi, siapa sangka mereka yang terlibat adalah dalam lingkungan usia 25 hingga 28 tahun”

“Jika ada peluang, tidak mustahil kita akan membawa filem ini keluar negara dan kami yakin ia mampu bersaing dengan filem animasi luar yang bakal ditayangkan” Katanya.

 

Sumber : Instagram @TV3 Malaysia

 

Turut hadir ketika sidang media malam gala filem tersebut ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid Yasin. 

Filem yang mula ditayangkan pada 28 November 2019 ini di seluruh pawagam tanah air turut menelan belanja RM6.5 juta sesuai dengan kualiti grafik yang ditunjukkan. 

Bukalah Matamu dan Bunga nyanyian Aisyah Aziz serta Kita Jaga Kita ciptaan Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah dipilih sebagai lagu tema untuk filem ini. 

Filem terbitan Primeworks Studio dan Wau Animation ini mendapat kerjasama dari penaja utama seperti, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mydin dan Pediasure.

So, ejen! Jangan lupa untuk saksikan filem Ejen Ali The Movie di pawagam berdekatan okay! 

Opsss! Hangatkan juga laman sosial korang tu dengan hashtag #EjenAli #EjenAliTheMovie #ani_MY.

Bertindak segera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 10 Nov 2019

Nah, Ini Perkara Menarik Tentang Lazada Supershow 11.11 Ahad Ini!

Jom hangatkan lagi Lazada Supershow 11.11 malam ini!

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

Menurut Ketua Polis Selangor, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan terus dijalankan.

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
LIFESTYLE Sat, 27 Oct 2018

Fashionable and Still Eco-Friendly; Remade, Reduced, Recycled

It’s awesome to see big brands and fashion designers are conscious of their impact on the environment.

error: Content is protected !!