Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 21, 2018 @ 11:27am

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Selepas keluar masuk Mahkamah berhubung isu dadah, Datuk Farid Kamil kini bakal berhadapan dengan kes saman!

Terbaru, kedua-dua selebriti yang dikatakan menjadi punca Farid Kamil terlibat dalam isu dadah kini, ingin mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka. Hal tersebut turut diakui sendiri oleh peguam Taj, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Taj bersama peguamnya, Muhamad Akmal Arif

Muhamad Akmal berkata, anak guamnya yang juga merupakan bekas anggota Kumpulan Innuendo, Taj dan Osh, bekas anggota kumpulan Firdaus berasa bahawa diri mereka telah dianiaya oleh Farid Kamil diatas tuduhan yang dilemparkan kepada kedua-dua mereka.

“Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini. kami akan berikan.”

Tambahnya lagi, Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil.

” Kami akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini. Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis. Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini.”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Jul 2022
Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Tiga Kali Cerai, Nikita Mirzani Belum Serik…

Nikita dilihat tidak memilih warga senegara asalnya malah tertarik dengan jejaka berasal dari Perancis.

Featured Mon, 28 Mar 2022

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Alhamdulillah, Tahniah Natasha! Kita doa yang baik-baik ya.. 😍

Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi […]

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Sepupu Rihanna Ditembak Mati Selepas Rai Krismas

Kemeriahan sambutan hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati  beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama. Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne […]

error: Content is protected !!