Hiburan By: Del14 December 6, 2019 @ 8:30pm

“Kadang-Kadang Susah…Osman Ali Sangat Teliti” – Remy Ishak

Pelakon terkenal Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak teruja dengan Ombak Rindu The Series, lakonan terbarunya dengan Izara Aishah, yang bleh ditonton dengan percuma di iFlix. 

Remy berkata terdapat 4 episod di dalam Ombak Rindu The Series dan setiap satunya berdurasi selama 90 minit. Jadi menonton satu episod umpama satu filem!

“Setiap episod mengambil masa 90 minit, jadi rasanya macam saya sedang berlakon dalam 4 buah filem. Setiap episod bila saya tukar karekter, kadang-kadang macam susah sebab ia amat mendalam. 

“Seperti yang diketahui ramai, bekerja dengan pengarah Osman Ali, dia seseorang yang sangat teliti di dalam kerjanya. Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada saya.

“Kalau dia nak kita nangis dalam satu episod tu, memang jangan lah nak pakai apa-apa untuk membantu nak keluarkan tangisan tu. Memang kita kena keluarkan air mata sendiri!” kata Remy.

Oktober lalu, perkongsian Remy di laman sosial menggemparkan alam maya apabila dia sangka sedang mengalami depresi tetapi kemudian memberi bayangan disihir.

Baca: “Mula-Mula Saya Sangkakan Depresi..Tetapi Kini Mungkin ‘Benda’ Lain.. – Remy Ishak Beri Bayangan Disihir?

Baca: Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

“Alhamdullillah saya semakin beransur pulih.  Saya berjumpa doktor dan juga pakar perubatan Islam untuk berubat. Sekarang, semuanya seperti sediakala. 

“Nak tak nak memang saya kena cuba berfikiran positif dan salah satu caranya ialah meluangkan lebih masa dengan keluarga dan rakan-rakan. 

“Saya juga sibukkan diri dengan projek-projek baru dan kerjaya supaya saya kurang berfikir tentang apa-apa yang saya lalui,” ujar Remy lagi. 

Kini, Remy sedang menjalani penggambaran drama rantaian terbaharu terbitan JS Pictures berjudul ‘Bukan Gadis Biasa’ bersama pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan.

Ombak Rindu The Series  ditayangkan secara penstriman di iFlix bermula 5 Disember dan mini series empat episode ini dibintangi pelakon popular tempatan seperti Remy Ishak sebagai Hariz, Izara Aishah  sebagai Izzah, Diana Danielle sebagai Mila, Hanna Aqeela sebagai Elin, Dan Uqasha Senrose sebagai Hazirah Dan diarahkan pengarah tersohor, Osman Ali. 

Oleh: Fas

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Dec 2022

Kongsi Video Main Teka-Teki, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sari Yanti & Jep Sepahtu

Pelakon Sari Yanti memuat naik perkongsian yang memaparkan dia dan suami, pelawak Jep Sepahtu bersama anak-anak sedang bermain teka teki. Menerusi hantaran tersebut, Jep sedang melukis gambar haiwan dan meminta anak-anaknya untuk meneka haiwan terbabit. […]

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

‘Kalau Ada Jodoh, Adalah…’- Ara Johari Mengaku Ada Boyfriend?

Sepadan pulak kami tengok korang berdua ni…

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022
Hiburan Mon, 13 Feb 2023