Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina December 10, 2019 @ 6:23pm

SEVENTEEN Dan NUEST Tak Mahu Terima Hadiah Daripada Peminat Lagi?

Baru-baru ini, kumpulan K-Pop Korea Selatan, SEVENTEEN dan NUEST secara serentak telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima apa-apa hadiah daripada peminat lagi. Eh, kenapa?

Menurut agensi rasmi yang dinaungi oleh kumpulan K-pop ini  iaitu Pledis Entertainment, keputusan ini dilakukan  setelah berbincang dengan mereka sendiri. Mereka memutuskan  untuk tidak lagi menerima hadiah daripada peminat melainkan kiriman  berupa surat sahaja bermula awal tahun hadapan.

“Kami sangat menghargai sokongan yang telah diberikan oleh para penggemar  artis naungan kami. Setelah melakukan perbincangan yang mendalam dengan anggota NU’EST dan SEVENTEEN, kami memutuskan untuk tidak lagi menerima hadiah dalam bentuk apapun kecuali surat  secara tulisan tangan mulai tahun 2020,” ujar wakil Pledis Entertainment.

Untuk pengetahuan korang, kumpulan SEVENTEEN bakal  membuat persembahan di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2020 nanti dalam rangka siri jelajah konsert ‘Ode To You’.

Tak sabarnya nak tunggu mereka datang ke Malaysia! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Alhamdulillah…Tahniah Vanessa & Bibi!

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Ini Boyfriend Baru Jeslina Hashim?

Jes mendedahkan beliau kini sedang berkenalan dengan seorang Usahawan yang dikenalinya. Nak tahu siapakah gerangan usahawan tersebut? Sila klik artikel ini

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

MASIH RELEVAN KE, NOAH?

Selepas lebih 6 tahun tahun menyepi, akhirnya Kumpulan Noah bakal kembali menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini.

Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Hiburan Thu, 20 Feb 2025

PJJ Dengan Suami, Elizabeth Tan Hadapi Cabaran Dapatkan Zuriat

Elizabeth Tan seminggu sekali jumpa suami bagi usaha mendapatkan anak

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!

error: Content is protected !!