Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2019 @ 5:56pm

Hubungan Diuji, Hafreez Adam Akui Tidak ‘Follow’ Tunang Di Instagram?

Pelakon Hafreez Adam mengaku hubungannya dengan tunang, Zara Zya dilanda dugaan pada masa ini.

Namun begitu, Hafreez memaklumkan dia sedang mencari penyelesaian terbaik untuk memulihkan keadaan.

“Saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya kepada portal Harian Metro.

Sementara itu, Hafreez memaklumkan tidak lagi mengikuti Zara di Instagram. 

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya.

Tambah Hafreez, masalah yang melanda pada masa ini tidak lagi ke tahap putus tunang. 

“Sepanjang bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.

“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum. Semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang. Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk “merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”. But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami. Dan kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, Saya sebagai wakil pihak saya dan Adam,memohon maaf kepada semua. And terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya ???. . . Venue : @whiteatilia Pelamin : @embunklasikbridalboutique Khemah : @rdkevents Makeup: @alhaalfa Hairdo : @ezal_ezlizan Pakaian : @syafieq_ayman Photographer : @faridismproduction Videographer : @faridismproduction Dulang hantaran : @izzarracollection Nails : @fabulash.my Inai : @melurizabyel Cake: @petitchef_cakes Ice cream: @aleas__closet Keropok lekor: @aien.lekor.sedap

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Pasangan selebriti ini bertunang dalam majlis tertutup pada 12 Oktober lalu selepas dua tahun bercinta. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Pengarah Filem Kalla Tarik Diri, Apa Kata Penerbit?

Saya harus akui bimbang dengan kos perbelanjaan, berikutan setakat ini untuk filem Kalla saja boleh dianggarkan pelaburan dibuat mencecah RM3 juta.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

Gambar Mesra ‘Bocor’ Di Instagram Buat Netizen Terkejut?

Tidak terkesan dengan kecaman netizen biar pun….

Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Automobile Tue, 24 Dec 2019
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut Semalam RM200k di Maldives

Pernah terfikir menginap di villa yang berharga lebih kurang RM 200k semalam ditemani dengan hidupan laut yang ada