Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina December 24, 2019 @ 4:16pm

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Rasanya, pasti semua kenal heroin drama Korea Selatan, “Winter Sonata” kan? Pelakon cantik itu dilaporkan bakal bergelar ibu!

Menerusi laporan agensinya, YG Entertainment, Choi Ji Woo kini dikhabarkan sedang hamil anak sulungnya dan bakal bergelar ibu pada musim bunga kelak.

Selepas ini, aktres Choi Ji Woo berazam untuk menjadi seorang isteri serta ibu yang terbaik buat keluarganya dan merancang untuk bekerja dengan lebih keras lagi sebagai seorang pelakon. Kami berterima kasih kepada semua yang berterusan menyokong Choi Ji Woo,” kata wakil agensi YG Entertainment.

 

Choi Ji Woo dalam drama “Winter Sonata”

Drama “Winter Sonata” pernah mencetuskan fenomena di Malaysia kerana ia merupakan titik permulaan kepada populariti drama Korea di negara ini. Antara drama yang pernah dibintangi oleh pelakon ini juga ialah “Stairway to Heaven”, “The Suspicious Housemaid”,  “Temptation”, “Twenty Again”, dan “Woman With a Suitcase”.

Terdahulu, aktres ini telah melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama suaminya pada bulan Mac tahun 2018.

Anyway, tahniah buat Ji Woo!

Sumber foto: www.soompi.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 May 2022
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Featured Tue, 22 Aug 2023
Featured Tue, 5 Jul 2022
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 10 Jan 2025
error: Content is protected !!