Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 2, 2020 @ 12:07pm

Drama Spontan, Projek Terbaru Nabila Razali?

Siapa sangka penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sebenarnya amat meminati Drama Spontan yang dipelopori oleh dua bakat popular YouTube, Asif Suhaimi dan Yoe Parey. 

Pemilik nama sebenar Nur Nabila binti Razali itu juga meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan kedua-dua mereka satu hari nanti kerana dia merasakan Asif dan Yoe ikhlas dalam berkarya. 

“Sejujurnya, saya teringin nak berlakon dalam Drama Spontan dengan Asif dan Yoe Parey, bukan kerana mereka ‘trending‘ tapi sebab saya rasa mereka ikhlas dalam berkarya dan bercakap dari hati… mereka ni berlakon secara spontan dan tidak mempunyai skrip!

“Kalau ada masa terluang, Bella memang suka menonton Drama Spontan kerana ia ibarat hiburan untuk Bella bila penat bekerja seharian,” katanya kepada Xtra sewaktu majlis pelancaran Mek Kembang Baby baru-baru ini.  

Tambah penyanyi lagu Vroom Vroom itu, dia lebih teruja apabila berjumpa dengan Asif dan Yoe di sebuah majlis anugerah, kerana menyifatkan mereka lebih popular darinya atau sesiapa saja yang berada di situ. 

Sekadar info, Drama Spontan mendapat berjuta-juta tontonan setiap kali ia dimuat naik di YouTube. 

Oleh: Fas

Kredit Foto : Instagram @nabila.razali

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Thu, 13 Nov 2025

Teroka Genre Rockdut, Shaffiq Erwin Muncul Dengan Single Janjir

Tahniah Shaffiq Erwin muncul dengan single baharu, Janjir!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

Wany  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!

error: Content is protected !!