Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina January 14, 2020 @ 10:30am

Awal Ashaari Akui Lebih Selesa Mengacara Daripada Berlakon

Pengacara, pelakon dan juga model, Awal Ashaari baru-baru ini mengakui dirinya lebih selesa mengacarakan program TV berbanding berlakon filem mahupun drama.

Terbaharu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awalluddin Ashaari telah pun kembali menerajui Melodi bersama Janna Nick selepas dua tahun meninggalkan program hiburan popular itu.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Your weekly nightmare. @meloditv3 @giambattistavalliparis X @hm

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

Awal yang ditemui ketika sidang media AJL ke-34 berkata, dia banyak menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak atas sebab merasakan dirinya bukanlah pelakon yang baik.

“Awal memang suka hosting. Banyak tolak tawaran berlakon sebab saya rasa saya bukanlah pelakon yang baik. Apabila melihat drama terakhir saya iaitu Sinar Ramadhan Untuk Amanda, saya masih lagi rasa tak pandai berlakon. Kadang-kadang rasa “buat-buat” sangat lakonan itu. Tak apalah, saya serahkan lakonan itu kepada orang yang lebih pakar,” ucap Awal kepada Xtra.

Tambahnya, selama dua tahun berhenti mengacara, Awal sibuk membangunkan perniagaan dan melakukan perkara yang dekat dengan dirinya.

“Saya ambil masa 2 tahun sebab nak figure out what im gonna do in my life. Jadi, berhenti dua tahun tu saya banyak berniaga, buat talk, buat benda yang dekat dengan diri saya. Tetapi sejujurnya, saya suka berada dalam industri hiburan dan masih ingin berada di hadapan kamera,” tambah Awal Ashaari.

Berkenaan keserasiannya bersama Janna Nick, suami kepada aktres Scha Alyahya ini yakin tidak berdepan masalah apabila melihat Janna sebagai seorang yang ‘fun’ dan mereka turut menerima feedback yang positif daripada penonton setia Melodi.

Dalam perkembangan lain, Awal turut memasang impian untuk membuka sebuah akademi ala-ala Mentor supaya beliau dapat berkongsi ilmu pengacaraan yang dimiliki dan membantu mereka di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi pengacara.

Terbaik Awal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Events Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

《关于岛屿》林怀民老师决定随团来马! 317作演出后交流

《关于岛屿》林怀民老师决定随团来马! 3月17日演出后与现场观众作交流。

Featured Wed, 22 Apr 2026

“Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut & Kesan Tumbukan” – Ako Mustapha Berang Anak Jadi Mangsa B*li 5 Pelajar Sekolah 

Ako Mustapha berang apabila anaknya, Mikael Iskandar, 10, didakwa dibuli oleh lima orang pelajar sekolah.

error: Content is protected !!