Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 21, 2020 @ 5:49pm

‘Umpama Tanah Hiroshima Yang Dibom’-Tragedi Hitam 1991 Sungai Buloh Buat Netizen Sayu

Siapa sangka kawasan Sungai Buloh di Selangor suatu ketika dahulu pernah digemparkan dengan suatu peristiwa hitam yang meragut ramai nyawa dan puncanya hanya bermula dengan sebuah kilang mercun.

Seorang pemilik di Twitter, telah berkongsi cerita mengenai peristiwa hitam yang  berlaku di kawasan Sungai Buloh pada tahun 1991, tragedi tersebut diumpamakan seperti tanah Hiroshima yang dibom. 

Segalanya bermula daripada letupan dan kebakaran kilang mercun Bright Sparklers pada tanggal 7 Mei 1991. Letupan itu dikatakan berpunca daripada seorang ahli kimia dari Hong Kong yang sedang menjalankan ujikaji di tengah-tengah kawasan kilang, tanpa disangka mercun tersebut dikatakan meletup dan tumbang meluru ke tempat simpanan bunga api yang telah siap. 

Imej menunjukkan kereta dan harta awam ranap dalam tragedi letupan kilang di Sungai Buloh

Disebabkan kecuaian itu, kilang mercun itu terus terbakar dan menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh 7 km dari tempat kejadian. Dasyatnya!

Sejumlah 26 orang mayat yang berjaya ditemui, sebanyak 103 cedera dan selebihnya yang rentung gagal dijumpai di tempat kejadian 

Tragedi letupan itu telah meragut hampir ramai nyawa namun hanya 26 orang jasad  sahaja yang berjaya ditemui dan sebanyak 103 cedera dan selebihnya yang rentung gagal dijumpai. 

Mayat rentung dijumpai dalam peristiwa kebakaran kilang di Sungai Buloh

Sebanyak 200 kediaman penduduk di sekitar kilang tersebut hancur musnah dalam peristiwa itu. Dikatakan kesan gegaran dan bunyi yang terhasil daripada letupan itu diumpamakan seperti kesan bom letupan berkuasa tinggi. 

Sebanyak 20 letupan berlaku yang memusnahkan banyak rumah berdekatan termasuk juga kilang makanan, kilang haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan. Berpuluh kenderaan turut musnah. 

Sewaktu terjadinya letupan tersebut, dikatakan ramai pekerja kilang yang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri malah turut berlaku kemalangan jalan raya dan pelanggaran. Sekelip mata segalanya berubah dan beratus nyawa turut melayang!

Pasukan bomba dilihat berusaha memadamkan api dalam kebakaran

Raungan dan jeritan mangsa kedengaran dan berpuluh mangsa cedera dengan berlumuran darah

Selepas letupan tersebut tidak lagi kedengaran, suasana bertukar hiba dengan raungan dan jeritan kesakitan mangsa. Berpuluh mangsa dilihat menanggung kesakitan dengan darah merah berlumuran di wajah dan badan. Suasana semakin pilu apabila saudara mara mangsa yang terkorban berkumpul di kawasan kejadian untuk mencari mayat mangsa.

Disebabkan kelemahan peristiwa ini, Parlimen telah mewujudkan OHSA pada tahun 1994

Disebabkan kelemahan sistem pengurusan dalam kes ini, sekaligus sekaligus turut  membuka mata ramai pihak sehingga parlimen telah mewujudkan OHSA iaitu suatu undang-undang dan peraturan serta garis panduan buat para pekerja. 

Mesti korang tak sangka kan Malaysia pernah berdepan dengan peristiwa hitam ni? Walaupun dah berpuluh tahun berlalu, namun peristiwa ini wajar dijadikan pengajaran untuk kita semua!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Oct 2023

Viral Di TikTok, Penyanyi Asal Perjelas Maksud Sebenar Lagu ‘Dawai’

Tiap kali dengar lagu ni memnag goosebump lah min. Siap dengan air mata lagi!🤧

Trending Sat, 31 Jul 2021

Olimpik Tokyo 2020: Malaysia Raih Pingat Pertama, Beregu Lelaki Bawa Pulang Gangsa

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan negara pingat pertama apabila berjaya merangkul gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. Beregu nombor sembilan dunia itu memastikan skuad badminton negara […]

Featured Wed, 19 Feb 2025

Simple, Klasik & Moden… Baju Nikah Dipuji Cantik, Siti Saleha Dedah Ia Hasil Rekaan Suaminya

Rekaan tersebut mengambil inspirasi dari jenama milik perniagaan Joshua iaitu Atelier  Fritton.

Trending Tue, 16 Jun 2020
Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

error: Content is protected !!