Oleh Muhammad Amnan Hibrahim
Syarikat pembuatan teknologi dan inovasi, Bosch Malaysia, memperkenalkan tiga siri pemanas air mandian segera Bosch Tronic, keluaran Bosch Thermotechnology sempena ulang tahun ke-96 operasinya di Malaysia
Tiga siri model pemanas air mandian segera yang diperkenalkan, Tronic 3000s, Tronic 6000s dan Tronic 8000s itu dicipta dengan visi untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap pemanas air mandian segera yang mesra pengguna, selesa dan selamat.
Pengarah Jualan Bosch Thermotechnology SEA, Tan Kwang Hui, berkata produk terbaharu syarikatnya itu amat menekankan aspek-aspek keselamatan dengan mematuhi semua standard yang ditetapkan oleh Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) seperti kalis percikan air IP25 dan Pemutus Litar Semasa Sisa (RCCB).
“Salah satu contoh berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam produk kami ialah kewujudan lampu diod pemancar cahaya (LED) yang akan memberikan indikasi berkenaan dengan tahap keselamatan untuk pengunaan pemanas air mandian tersebut.
“Pemeriksaaan terhadap keselamatan mesin terbaharu ini akan secara automatik diaktifkan apabila pengguna menghidupkan Bosch Tronic,” katanya ketika sesi perbincangan mengenai produk tersebut di acara Bosch Experience Day 2019, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Simon Song, Pengarah Perniagaan Bosch Malaysia, Chu Chee Bee dan Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Pang Yoon Kong.
Katanya lagi, setiap daripada model Bosch Tronic turut hadir dengan kapasiti kuasa 3.8 Kw yang akan memastikan proses pemanasan yang lebih pantas dan juga teknologi suhu anti-lecur ataupun Temperature Anti-Scalding Technology yang berfungsi meminimumkan kenaikan suhu yang mendadak.
Berikut merupakan antara ciri-ciri luaran yang terdapat pada setiap model Bosch Tronic:
Tronic 3000s
Tronic 6000s
Tronic 8000s
Pengguna yang berminat untuk memiliki siri pemanas air mandian Brosch Tronic boleh mendapatkannya di Bosch Experience Centre dan kedai-kedai barangan eletrik yang terpilih. Bagi pembelian dalam talian dan sebarang maklumat lanjut mengenai produk tersebut, pengguna boleh mendapatkannya di akaun rasmi Bosch Malaysia di Lazada.com.my.
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!