Acara By: Padin February 25, 2023 @ 2:04pm

Dekatkan Jenama Dengan Komuniti Gen Z, Wobbebong & Porcelane Bergabung Demi….

Bertepatan dengan kempen musim Bunga 2023, jenama fesyen terkemuka dunia, Converse melancarkan kempen “Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.” dengan menampilkan dua kumpulan indie berbakat, Wobbebong dan Porcelane.

Dua kumpulan ini mennghasilkan lagu tema istimewa bagi kempen terbaharu terbabit dan ia menjadi simbolik atas usaha yang dijalankan dalam mencari makna “Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.”

“Biarpun Wobbebong di Johor dan Porcelane pula berada di Kuala Lumpur serta mereka mempunyai genre berbeza, itu tidak menghalang anak-anak muda ini untuk menjalin kerjasama dalam menjayakan lagu tema bagi kempen ini. Pertama kali mereka berjumpa adalah di studio ketika rakaman lagu ini dijalankan!

“Jenama ini sentiasa mencuba sesuatu yang baharu. Apa yang istimewanya untuk kempen kali ini ialah ia menggabungkan semua ahli komuniti All Stars untuk berkolaborasi melahirkan sesuatu di luar zon selesa.

“Sebab itu kempen ini dinamakan ‘Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next’. Kami mahu mereka terus meneroka sesuatu yang baru dan unik. Bagi kempen kali ini, kami memberi fokus kepada Gen Z kerana merekalah masa depan kita serta tetap tidak melupakan penyokong setia,” kata wakil jenama terbabit menerusi sebuah kenyataan media.

Rancak untuk kekal relevan dengan perkembangan semasa serta selari dengan jiwa komuniti anak muda, kempen terbaharu mereka bertujuan untuk memperkasa dan memberi ruang untuk mengekspresikan diri dalam bidang muzik, sukan, seni dan fesyen dalam gaya dan cara tersendiri.

Menerusi acara ‘on ground’ yang dibawakan oleh jenama ini diu Whatever Works Coffe, Keramat, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Wobbebong dan Porcelane memberikan persembahan hebat dalam cara tersendiri.

Acara sama turut menyaksikan persembahan dari Late Night Frequency, Pasca Sini and DJ Choobs, pameran foto oleh ChumTheCat dan projection mapping dari Grasshopper yang memaparkan komuniti All Stars.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 Nov 2019

Nikmati teh dengan cara berbeza, menerusi makanan!

Pelbagai resipi daripada teh BOH, menarik!

Acara Sat, 9 Nov 2019
Acara Fri, 24 May 2019
Acara Thu, 30 Aug 2018

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Jom baca untuk ketahui tempat-tempat menarik yang Mira recommend untuk pergi.

Acara Tue, 10 Sep 2019

Lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 dilancar

“Visit Truly Asia-Malaysia” lambang identiti negara

Acara Wed, 24 Oct 2018

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels juga ya!

Acara Sun, 31 May 2020

Eratkan silaturahim, sampaikan salam Syawal dengan Pizza Hut

Salam terpanjang turut tampil Fattah Amin dan Shaheizy Sam

| Live TV