Acara By: Ad Ops June 18, 2020 @ 6:08pm

Piza Nasi Lemak, cita rasa unik terbaharu daripada Pizza Hut

Pizza Hut Malaysia meraikan perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya dengan ciptaan unik, Piza Nasi Lemak. Menu terbaharu itu diinspirasikan daripada keunikan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik.

Keunikan budaya rakyat Malaysia yang mencintai makanan juga mencetuskan idea kepada Pizza Hut Malaysia untuk menciptakan gabungan cita rasa selera Malaysia yang memang cukup sinonim dengan nasi lemak.

pizza hut

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong, berkata menu terbaharu itu juga adalah selaku penghormatan khas kepada rakyat Malaysia yang hidup bersatu-padu dan kaya dengan kepelbagaian budaya.

“Piza Nasi Lemak adalah contoh bagaimana rakyat Malaysia gemar menggabungkan sesuatu dalam hidup mereka, dengan mencampurkan semuanya bersama-sama dan membentuk sebuah kesatuan, sama seperti Piza Nasi lemak ini yang merupakan kombinasi harmoni antara piza dengan nasi lemak,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Pelancaran kempen menu terbaharu itu turut menyaksikan Pizza Hut memberi penghormatan kepada rakan-rakan pesaingnya yang juga yang turut sama pernah mempromosikan menu Nasi Lemak dengan cara mereka tersendiri antaranya McDonalds dengan ciptaan Burger Nasi Lemak dan Marrybrown dengan Ais Krim Nasi Lemak.

Dengan slogan kempen, ‘Rasa Campur, Lagi Best Bersama’, kempen itu akan berlangsung sehingga 31 Ogos bagi meraikan perpaduan pelbagai cara hidup yang menjadi budaya rakyat Malaysia.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Dicipta oleh bahagian Teknologi Inovasi Makanan Pizza Hut Malaysia, Piza Nasi Lemak adalah gabungan piza kegemaran semua dipadankan dengan bahan pada bahagian atasnya seperti ayam rangup, sambal enak dan elemen dalam hidangan nasi lemak seperti ikan bilis, kacang tanah serta timun.

Piza Nasi Lemak terus menguja selera dengan poket keemasan dipenuhi dengan ayam perap santan dan limpahan keju yang semestinya harus dicuba oleh semua penggemar nasi lemak.

Anda boleh menikmati Piza Nasi Lemak secara ala carte pada harga RM38.90 dan juga melalui pelbagai hidangan kombo pada harga bermula dari RM40.90. Turut diperkenalkan untuk melengkapkan hidangan piza baru itu adalah minuman soda bandung yang pasti membangkitkan lagi selera semua.

pizza hut

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Dengan pengumuman Kerajaan yang membenarkan operasi makan di restoran mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Pizza Hut telah membuka servis makan di restoran bermula 1 Jun lalu, dan menjanjikan pelanggan dengan pengalaman makan di restoran tanpa rasa ragu-ragu atau bimbang.

Pizza Hut turut memastikan kesihatan dan keselamatan semua pengunjung dan kakitangannya dengan menetapkan standard kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi dan garis panduan yang ditetapkan Kerajaan.

Promosi Piza Nasi Lemak boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2020 untuk khidmat makan di restoran, penghantaran dan juga bawa pulang sementara stok masih ada. Sila pilih khidmat ‘No-Touch Delivery’ dan ‘No-Touch Takeaway’ di aplikasi Pizza Hut atau laman sesawang Pizza Hut Malaysia untuk menikmati piza kegemaran anda pada kaedah bebas sentuhan yang paling selamat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 17 Sep 2018

Jom Sertai Program Santai #FANtastik ABPBH 31 Di Istana Budaya, Sabtu Ini!

Pakat ramai-ramai meriahkan program #FANtastik bermula 8.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu, 22 September ini!

Acara Thu, 15 Mar 2018

Noh Salleh, Bunkface, SonaOne, Kugiran Masdo, Nabila Razali Bakal Gegarkan Pentas Konsert Gegaria Fest Ipoh. Gerenti Happening!

Berita baik untuk semua, Gegaria Fest kini kembali lagi menggegarkan hujung minggu anda!

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Fri, 9 Aug 2019

Penangan siri jelajah ABPBH 32, Komtar JBCC berubah menjadi lautan manusia

Dari pagi sampai petang, penonton tak berganjak!

Acara Tue, 25 Oct 2022
Acara Tue, 17 Oct 2023

Pertunjukan Fesyen Navarasa Inspirasi Saree, Raihkan Warisan Malaysia

Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala. Acara in, yang berlangsung selama beberapa hari, menghimpunkan peminat fesyen, artis, […]

Acara Wed, 8 Feb 2023