Acara By: tex_admin June 7, 2018 @ 2:00pm

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Masa yang ditunggu sudah tiba! Festival Anggun Life akan memeriahkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula 8 dan 9 Jun ini. Jadi warga selatan, anda wajib kena pergi festival ini ya!

Bagi anda yang masih tak sempat nak shopping raya, festival inilah tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi! Menariknya, di festival ini terdapat pelbagai booth jualan yang disediakan antaranya pakaian, barangan kecantikan, barangan kesihatan, makanan dan banyak lagi.

Apa yang penting, anda tidak perlu serabut nak pergi banyak tempat kerana di festival ini memang serba lengkap untuk anda shopping segala persiapan raya. Nak tahu apa yang lebih menarik lagi? Penulis senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu pergi ke festival Anggun Life ini.

1. Booth jualan

Terdapat lebih dari 100 vendor yang akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik untuk persiapan raya anda. Paling bestnya, terdapat ramai barisan selebriti turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri. Kalau anda nak tahu selebriti ini jual apa, kenalah datang!

2. Selebriti terkenal

Di festival Anggun Life ini juga anda berpeluang untuk bertemu dengan ramai selebriti terkenal tanah air. Amar Baharin dan Amyra Rosli antara selebriti yang akan ada di sana di samping mereka adalah duta Anggun Life. Di festival ini anda juga akan berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan selebriti seperti Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimi, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya Syahera dan Nora Lunia dan ramai lagi!

3. Aktiviti yang menarik

Penulis percaya, anda pasti akan teruja apabila datang ke festival Anggun Life ini kerana anda bukan sahaja dapat shopping barangan kesukaan anda, malah turut berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah tips penataan gaya oleh jurugaya terkenal Tym Fatimah, tutorial solekan oleh @bykakmek, penggayaan hijab oleh Sharifah Rose dan banyak lagi! Anda juga berpeluang beramah mesra bersama artis-artis Drama Sangat seperti Izzue Islam, Nina Iskandar dan Saharul Ridzuan di pentas utama. Teruja tak?

4. Charity baju raya

Bagi anda yang ingin menyumbang baju raya kepada golongan yang memerlukan, festival Anggun Life adalah tempatnya! Untuk pengetahuan anda satu kempen Program Khidmat Masyarakat (CSR) iaitu “Baju Baharu Di Hari Raya” dilaksanakan sepanjang festival ini.

Dengan berbesar hati, anda boleh membuat sumbangan baju raya baharu yang boleh disalurkan menerusi kotak khas yang disediakan oleh pihak Media Prima Berhad. Hasil sumbangan daripada anda akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Johor Bahru.

5. Buka puasa bersama Remy Ishak

Bagi anda yang bertuah, anda akan dapat berbuka puasa bersama hero Malaya Remy Ishak yang dibawa khas bersempena dengan pelancaran portal Hijab & Heels

Menarik kan? Yang pasti anda akan merasai kemeriahan yang luar biasa apabila mengunjungi ke festival Anggun Life ini. Jadi, tunggu apa lagi, jom pakat dengan keluarga dan rakan-rakan untuk datang ke festival ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 8 dan 9 Jun ini. Jangan lepaskan peluang!

Kredit Foto: Anggun Life

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 17 Feb 2020

Hospital Islam Az-Zahrah lancar Program Detik Kehamilan

Sedia pelbagai pakej untuk bakal ibu

Acara Wed, 24 Jul 2019

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

BH perkenal 2 ketagori baharu artis luar negara

Acara Thu, 13 Jun 2019
Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Fri, 1 May 2020
Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️