Acara By: Padin March 17, 2023 @ 12:54pm

Elyana, Izzue Islam Antara 100 Usahawan Selebriti Meriahkan Hoorrey x Fest Raya

Memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, penganjuran Hooray X Fest Raya akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini.

Mohammad Alif berkata, festival tersebut juga telah mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner.

Menariknya, jelas Mohammad Alif, festival ini juga akan menyaksikan cubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 65 jam tanpa henti.

“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan.

“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.

“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,”katanya.

Selain itu, ditanya mengenai sasaran menganjurkan festival yang akan berlangsung selama 65 jam tanpa henti, kata Mohammad Alif, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.

“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.

“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini.

“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,”katanya.

Berkongsi lanjut, katanya Mohammad Alif lagi, dia juga gembira dengan sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini.

Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini juga, pelbagai acara menarik turut akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCKL.

“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti.

“Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,”katanya.

Sehubungan itu, Mohammad Alif menyeru dan membuka peluang buat semua usahawan dan peniaga yang berminat untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi Hoorrey X Fest Raya yang turut menawarkan sewa tapak pada harga terendah iaitu RM1,500.

Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat mana-mana pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Sun, 15 Mar 2020
Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Acara Wed, 13 May 2020
Acara Fri, 4 Oct 2019

Gaun indah persalinan istimewa raja sehari

Semuanya cantik, pasti pemakainya tambah anggun!

Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Acara Wed, 24 Jul 2019

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

BH perkenal 2 ketagori baharu artis luar negara

| Live TV