Acara By: tex_admin October 23, 2019 @ 6:08pm

Bengkel memasak makanan sihat bersama Beko menarik!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Lazim kita dengar rakyat Malaysia tiada masa untuk menyediakan sarapan dan ada juga yang setiap pagi dalam keadaan tergesa-gesa ke tempat kerja menyebabkan sarapan pagi diabaikan menyebabkan mereka beralih kepada hidangan sarapan yang tidak berkhasiat yang boleh didapati dengan mudah.

Ianya amat penting untuk memulakan hari dengan makanan berkhasiat yang tepat untuk memastikan anda kekal bertenaga dan menumpukan perhatian apabila membuat sesuatu pekerjaan. Makanan segera dan makanan penjaja menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana ia paling mudah dan cepat untuk di makan. 

Sehubungan itu, Beko, jenama perkakas utama yang berasal dari Eropah mengadakan bengkel memasak makanan sihat untuk membuktikan bahawa makanan segera tidak semestinya tidak sihat. 

Dengan bantuan alat-alat yang tepat, makanan yang lazat dan berkhasiat boleh disediakan dengan waktu yang singkat. Beko juga telah menggunakan resipi yang diluluskan oleh nutrisi FC Barcelona.

Antara makanan sihat yang dimasak adalah nuggets sayur-sayuran, cawan taco mini, sarapan muffin telur, burger salmon mini bersama hummus lentil, lempeng pisang dengan bluberry dan jus tropika bersama biji chia. Resepi-resipi ini dipelajari sambil meneroka pelbagai produk perkakas rumah Beko yang inovatif. 

Keadaan di mana rakan-rakan media memasak beberapa resipi sihat. Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan

Hijab & Heels kongsikan resipi makanan sihat yang ringkas sekali gus lazat iaitu burger salmon mini bersama hummus lentil! 

Bahan

Antara bahan-bahan untuk membuat hidangan burger salmon mini bersama hummus lentil Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan

  • 200 gram salmon segar 
  • 1/2 cawan daun bawang
  • 1/4 cawan lada hijau
  • 1 biji telur 
  • 1/4 cawan serbuk roti
  • 2 sudu kecil minyak zaitun 
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • garam dan lada hitam, secukup rasa

Cara penyediaan 

  1. Cincangkan salmon di dalam pemproses makanan.
  2. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 
  3. Kemudian, masukkan telur dan serbuk roti kemudian kacau hingga sebati. Bentukkan adunan seperti kepingan  burger kecil
  4. Potong daun bawang dan lada hijau, kemudian panggangkan sedikit. 
  5. Masak burger tersebut dengan sedikit minyak zaitun. 
  6. Akhir sekali, burger mini dibuat dengan asas hummus lalu hiaskannya dengan sayuran yang dipanggang.

Hidangan  burger salmon mini bersama hummus lentil yang siap dimasak. Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 17 Sep 2018

Jom Sertai Program Santai #FANtastik ABPBH 31 Di Istana Budaya, Sabtu Ini!

Pakat ramai-ramai meriahkan program #FANtastik bermula 8.30 pagi hingga 6 petang pada Sabtu, 22 September ini!

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Tue, 23 Jan 2018

Sheila On 7- Live In Kuala Lumpur 2018

Band popular dari Indonesia Sheila On 7, bakal beraksi kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Fri, 10 Feb 2023
Acara Thu, 7 Sep 2023
Acara Sat, 8 Feb 2020