Acara By: Ad Ops March 15, 2018 @ 2:59pm

Gegaria Fest Serbu Zon Utara. Apa Lagi, Moh Ramai-Ramai Ke Meru, Ipoh 24 Mac Ini!

Weehoo! Atas sambutan yang amat menggalakkan di 3 lokasi terdahulu iaitu Setia City (Shah Alam), Plaza Angsana (Johor Bahru) dan Ruang Parkir Stadium Darul Makmur (Kuantan), festival hipster abad ini, Gegaria Fest kini akan meneruskan siri penjelajahannya di zon Utara pula.

Kali ini festival yang menyatukan golongan belia ini bakal menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung di enam zon utama Gegaria Fest iaitu Gegaria Makan-Makan, Gegaria Throwback Tunnel, Gegaria Gaya Hidup, Gegaria Komuniti, Gegaria e-Games dan Gegaria Permainan Tradisional.

Menariknya, pelbagai jenis makanan boleh dinikmati sepanjang hari di zon Gegaria Makan-Makan di mana lokasi kali ini menampilkan 10 Food Truck antaranya The Butter Orange, MonSteamboat, Ayaq Aih, Laksa Pokok Limau, Yellow Elephant, Plaats.co, Spark Station 77, Lebai, Fuyyoo Best Chicken dan Ipoh Black Coffee.

Anda juga boleh mengikuti aktiviti Jalan Jalan Cari Makan di mana Chef Fikree Aznan dan Chef Naem Ramli akan melakukan demonstrasi masakan di ‘Dapur Panas’. Di samping itu, anda juga berpeluang memenangi merchandise JJCM apabila menyertai ‘Food Challenge’.

Di zon Gegaria Throwback Tunnel pula, para pengunjung boleh menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan dua buah kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni-seni yang menceritakan era-era perkembangan Malaysia bermula pada tahun 1950an hingga kini serta hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) dari Pusat Sumber NSTP.

Tarikan lain yang terdapat di Gegaria Fest ialah zon Gegaria Gaya Hidup di mana menampilkan selebriti Elfira Loy yang akan berkongsi tentang topik fesyen dan kerjaya, Nabila Razali (Tip Fesyen), Hanif Shawn (Kesihatan), Ramona Zamzam (Mencipta Kandungan Gaya Hidup Untuk Dunia Digital) dan Faizdickie (Menukar Minat Kepada Kerjaya).

Selain itu, Gegaria Fest turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan zon Gegaria Komuniti. Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung selama lapan jam bermula 10.00 pagi termasuk pemeriksaan kesihatan, kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan kaunter KWSP.  

Bagi penggemar permainan tradisional dan aktiviti outdoor, Gegaria Fest di Ipoh menyediakan aktiviti dan permainan seperti Buih Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak Gergasi dan banyak lagi. Manakala di zon e-Games, anda berpeluang bermain free-to-play game antaranya Dragon ball Z, Street Fighter & Tekken 7 serta menyaksikan pertarungan FIFA Online 3 oleh Garena.

Dan pastinya yang paling dinanti-nantikan adalah acara kemuncak Gegaria Fest iaitu konsert daripada artis terkenal tanah air yang menampilkan Noh Salleh, Bunkface, SonaOne dan Kugiran Masdo.

So, buat orang-orang Utara terutamanya warga Ipoh, Perak, moh reramai gegarkan Gegaria Fest di Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh pada 24 Mac ini. Jangan lupa untuk menggunakan tandapagar #GoGegaria dan #KitaOK di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda di Gegaria Fest.

Para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook GoGegaria atau laman sosial Instagram @GoGegaria untuk maklumat lanjut. Jumpa di sana!

P/s: Nak tahu havoc ke tak havoc Gegaria Fest di lokasi Kuantan, Pahang sebelum ini, jom layan video ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Thu, 27 Feb 2020
Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Acara Tue, 25 Oct 2022
Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!