Acara By: Padin August 27, 2023 @ 12:18pm

Bakal Lakar Sejarah Baharu di Malaysian Book of Records, Terengganu Fight Festival Kumpulkan Penggemar Muay Thai

Persatuan Muay Thai Terengganu bakal menganjurkan program sukan berskala besar, Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023).

Ia bakal berlangsung pada 29 hingga 30 September 2023 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan bakal mencatat sejarah tersendiri.

Menghimpunkan penggiat beladiri serta tempur dalam satu pertunjukan seni, ia melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Menurut Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi Abdullah, festival seperti ini mampu memberikan impak positif dari pelbagai sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.

“Nama Terengganu Fight Festival 2023 – T-Fight Festival 2023 dipilih atas dasar faktor kepada penjenamaan komersial mewakili sukan berlandaskan seni bela diri dan tempur di Terengganu.

“Persatuan Muay Thai Terengganu diiringi Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023.

“Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.

“Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia.

“Kami akan memastikan semua peserta memakai tight yang menutup aurat dari pusat hingga ke lulut, selari dengan trademark “Sukan Patuh Syariah” dan “Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu,” jelasnya.

 

Konsep acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).

Antara petinju Muay Thai yang akan beraksi dalam acara T-FIGHT kali ini ialah Ali Yaakub (Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan), Mat Ropi (Singamuda Kuda Merah PDRM), Aliff Rakib (Sor. Dechapant, Malaysia), Sabri (Thaivisix, Terengganu) dan Akif Hakimi (Muay Singa Muda, Negeri Sembilan).

Selain itu, Adam Haikal Stable (Black Tiger Kelantan), Hakim (Red Lion Terengganu), Pjan Piranha (Muaythai Club, Pahang), Zulfakar (Thaivisix, Terengganu), Ejo Ikan Bakar (Sri Jerteh, Terengganu), serta peserta luar negara Amir Sirvan (Muaythai Academy, Iran) juga bakal terlibat dalam acara ini.

Lebih 10 persatuan dan kelab bela diri yang bakal terbabit untuk pecahkan rekod sesi 16 jam seni bela diri antaranya Persatuan Silat Negeri Terengganu, Persatuan Taekwon-Do Terengganu, Persatuan Judo Terengganu, Persatuan Wushu Terengganu, Karate PDRM Terengganu, Kelab Muay Thai Kelat dan Persatuan Tinju Terengganu.

Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial / sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.

Tambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.

Penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC – Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.

Menurut Master Najmi lagi, program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, ‘Sport Tourism’.

Tiket TFight boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket TFight, boleh menghubungi talian hotline 011 1329 7822 (WhatsApp sahaja).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Acara Mon, 17 Feb 2020

Hospital Islam Az-Zahrah lancar Program Detik Kehamilan

Sedia pelbagai pakej untuk bakal ibu

Acara Wed, 10 Apr 2019
Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Wed, 7 Aug 2019
#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!