Acara By: Ad Ops October 2, 2018 @ 5:00pm

Acara Tarian Kecergasan Synergy02//DANCE Anjuran Celebrity Fitness & Fitness First Mendapat Sambutan Hangat!

Dengan satu tiket berharga RM65, anda boleh menikmati 7 jenis sesi tarian kecergasan berlainan yang ditawarkan oleh Celebrity Fitness dan Fitness First. Berbaloi tuu!

Itulah apa yang dirasai oleh lebih 600 orang peserta parti kecergasan Synergy02//DANCE yang telah berlangsung Sabtu lepas di Kompleks Sukan Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Nampaknya mereka enjoy sakan! Yelah, mana taknya? Yang turut serta adalah peminat-peminat tarian kecergasan seperti Zumba dan Dance Fusion.

Synergy02//DANCE bukan saja menawarkan sesi-sesi tarian tersebut tapi 5 sesi tarian lain, iaitu Dance N’ Attitude, Ritmozum, Bhangra Jam, Les Mills Sh’Bam dan Les Mills Body Jam!

Lebih 30 tenaga pengajar tarian kecergasan dari Celebrity Fitness dan Fitness First telah turun padang untuk kendalikan sesi-sesi tarian di sepanjang acara ini.

“Bukan itu saja! Kami juga telah menjemput dua orang pengajar Zumba popular iaitu Zin Hamka dan Hanif Shawn untuk memeriahkan lagi acara ini,” kata Ketua Pemasaran Fitness First & Celebrity Fitness Malaysia, Anusha Segaren.

Dia berkata lagi, “Kami memilih Kompleks Sukan Setiawangsa kerana memang ada banyak kelas-kelas tarian kecergasan yang diadakan di kawasan ini setiap minggu.

“Sebagai sebuah jenama kecergasan kami rasa kami patut sediakan satu peluang menarik untuk penduduk-penduduk di sini merasai sendiri pelbagai jenis tarian kecergasan yang mereka mungkin minati.”

Walau bagaimanapun, ada juga peserta dari kawasan-kawasan lain seperti Subang dan Klang. Kalau dah minat, jarak bukan penghalang!

 

Synergy02//DANCE merupakan edisi kedua bagi siri Synergy anjuran Celebrity Fitness dan Fitness First Malaysia.

Ia telah direka sebagai platform bagi ahli-ahli kelab-kelab ini (dan juga yang bukan ahli), untuk merasai program-program kecergasan yang kedua-dua kelab ini tawarkan.

Bukan semua kelas kecergasan di Celebrity Fitness ada ditawarkan di Fitness First tau! Jadi dengan satu tiket, peserta dapat menikmati 7 program berlainan. Untung!

Sambil bersenam, beramal

RM10 daripada setiap penjualan tiket untuk Synergy02//DANCE akan disalurkan ke tabung kebajikan Make-A-Wish Malaysia. Misi organisasi ini adalah untuk memenuhi permintaan kanak-kanak yang kanak-kanak yang menghidap penyakit merbahaya.

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur kerana dari acara ini, lebih RM5,000 wang kutipan telah dikumpulkan untuk yayasan ini!

Penaung dirajanya, YAM Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, “Sejuk hati saya apabila melihat komuniti di Malaysia datang bersama-sama untuk cergaskan diri, berseronok dan membantu misi kami.”

Zatashah menerima cek bernilai RM5,000 daripada Celebrity Fitness & Fitness First

“Kutipan daripada Synergy02//DANCE membolehkan kami untuk terus menunaikan permintaan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

“Sumbangan anda akan menjana harapan, kekuatan dan transformasi untuk mereka dan keluarga mereka,” ujarnya lagi.

Apa komen peserta?

Zazaliena Mohamad, yang berasal dari Semenyih, memilih untuk menyertai acara Synergy02//DANCE bagi mengekalkan cara hidup sihat.

“Di tempat tinggal saya pun ada penganjuran tarian Zumba tapi tak selalu. Memandangkan saya juga akan berpeluang untuk beramal melalui acara ini, saya rasa lebih tertarik untuk ambil bahagian.”

Bagi tiga sekawan Jen Chan, Gigi Leong dan Stellar Lee pula, penyertaan Synergy02//DANCE ini bukan saja untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka, tapi juga untuk berseronok.

“Menari seorang-seorang memang syok, tapi bila kawan-kawan ada sekali, keseronokannya berlipat ganda,” ujar Jen.

Amelin Lok, yang sebelum ini hanya menyertai kelas tarian kecergasan secara kecil-kecilan, setuju. “Lagi meriah apabila sistem bunyinya bagus serta lokasinya besar.”

Tan Jun Kiat dan Nirmala dah lama aktif dalam tarian kecergasan. Tapi mereka akui yang mereka ingin mencuba program tarian yang lain pula menerusi Synergy02//DANCE.

Jun Kiat yang biasanya menari hip-hop berkata, “Selalunya kelas-kelas tarian yang ada hanya menawarkan satu jenis tarian. Synergy02//DANCE pula ada 7 dalam 1 acara!”

“Saya tak sabar nak cuba teknik-teknik tarian yang saya tak pernah cuba sebelum ni,” kata Nirmala yang lebih biasa dengan Zumba, U-Jam dan Bollywood.

Sesi Bhangra Jam

Peserta-peserta ini berterima kasih kepada Celebrity Fitness dan Fitness First kerana menganjurkan Synergy02//DANCE. Jika tahun depan ada lagi, mereka ingin mengambil bahagian.

 “Penganjuran aktiviti kecergasan sebegini memang bagus untuk rakyat Malaysia dan patut diteruskan,” kata Jen.

Synergy03 pula lepas ini?

Anusha berkata, “Ini kali pertama kami adakan parti tarian kecergasan. Dan berdasarkan sambutan yang kami lihat untuk Synergy02//DANCE, semestinya ia bukanlah kali terakhir.”

Nampaknya anda boleh expect lebih banyak lagi acara-acara yang serupa daripada Celebrity Fitness dan Fitness First pada masa akan datang.

“Apa-apa pun konsep serta lokasinya pasti berbeza daripada yang sebelum ini. Besar kemungkinan ia akan dilaksanakan pada awal tahun depan.”

Jadi bagi anda yang tak berpeluang untuk join Sabtu lepas, nantikan penganjuran seterusnya, okay?

Untuk informasi lanjut tentang kelab Celebrity Fitness dan Fitness First serta kelas-kelas yang ditawarkan, layari laman web www.celebrityfitness.com atau www.fitnessfirst.com.my.

Kredit foto: Celebrity Fitness dan Fitness First.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Fri, 16 Aug 2019
Acara Mon, 8 Jan 2018

Bukan Sebab Bahagia Tapi Stres Sebenarnya Punca Badan ‘Naik’. Ini 6 Buktinya!

“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?” Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan berat […]

Acara Wed, 12 Feb 2020
Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Acara Tue, 25 Oct 2022
#tilljannah Thu, 29 Sep 2022