Acara By: Fadzlena Jafar July 5, 2019 @ 1:52pm

Haagen-Dazs perkenal dua perisa baharu lebih mengancam

Musim panas yang berterusan ini pasti membuatkan anda mendambakan aiskrim enak yang menyejukkan. Jenama aiskrim terkenal, Haagen-Dazs kini tampil dengan dua perisa baharu yang lebih istimewa, iaitu Kiwi & Mango Frozen Yogurt Ice Cream dan Strawberry Frozen Yogurt Ice Cream.

Istimewa mengenai perisa berkenaan, kedua-duanya diperbuat daripada ais krim dadih yang lazat dan diperkaya dengan 100 peratus krim serta susu sebenar yang menghasilkan rasa berbeza yang menyegarkan.

Perisa baharu aiskrim Haagen-Dazs mengambil kira cita rasa penggemar strawberi.

Lebih menarik, perisa baharu itu diadun dengan buah-buahan segar sesuai untuk peminat buah-buahan, terutama strawberi yang meningkatkan rasa manis dalam aiskrim berkenaan.

Jika anda penggemar buah kiwi yang kaya dengan vitamin C, Haagen-Dazs menawarkan Kiwi & Mango Frozen Yogurt Ice Cream yang memberikan lebih rasa kiwi segar, ditambah dengan  buah mangga yang amat menyelerakan.

Sebagai kelainan, satu lagi perisa baharu Haagen-Dazs mencipta keenakan luar biasa dengan dua buah, iaitu kiwi dan mangga.

Bersempena dengan pelancaran dua produk baharu itu, Hagen-Dazs mengadakan siri jelajah Häagen-Dazs Cool Wheels yang akan berada di beberapa tempat di Lembah Klang bermula 24 Jun hingga 7 Julai 2019.

Pengurus Pemasaran Asia Tenggara, Youri Lee, berkata trak bergerak Haagen-Dazs itu bukan saja memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati perisa baharu itu, tetapi juga menjanjikan pengalaman istimewa bagi peminat jenama aiskrim itu untuk merakam detik menarik berlatarkan tembok foto yang menarik.

“Berikutan kejayaan Party on Wheels tahun lalu, Häagen-Dazs meningkatkan prestasinya pada tahun ini dengan Häagen-Dazs Cool Wheels yang serba baharu, sekali gus membawa pengalaman musim panas yang unggul untuk warga Malaysia.

“Pelbagai latar menarik dihasilkan bagi pengunjung yang berminat untuk merakamkan gambar mereka. Aktiviti ini diilhamkan daripada minat generasi muda hari ini yang gemar merakam setiap detik untuk dikongsikan dalam media sosial mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengunjung berpeluang untuk merakam detik istimewa di Haagen-Dazs Cool Wheels.

Häagen-Dazs Cool Wheels direka untuk keseronokan dan dilengkapi tembok foto roda ferris dan pit buih, iaitu tempat yang sempurna untuk sesiapa sahaja merakamkan detik musim panas mereka.

Jadi, tunggu apa lagi? Minggu ini, Häagen-Dazs Cool Wheels akan berada di Pintu Utama, Sunway Putra pada hari sabtu, 6 Julai 2019 mulai jam 12 tengah hari hingga 6 petang, manakala pada Ahad, 7 Julai 2019, anda boleh berkunjung ke Sunway Velocity (pintu masuk Jalan Peel) mulai jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman Facebook di www.facebook.com/haagendazsmalaysia atau Instagram @haagendazsmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 4 Nov 2019

Keaslian ramuan Herbal Essences diiktiraf oleh Royal Botanic Gardens!

Bagi yang mencari syampu organik, inilah dia

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Thu, 2 Mar 2023
Acara Mon, 28 Feb 2022

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Terjejas Pasca Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda. Sejak tercetusnya idea ini pada […]

Acara Mon, 8 Oct 2018

Angan Jadi Kenyataan, Impian Wany Hasrita Bergelar Bintang Paling Popular Dimakbul Tuhan!

Bintang Paling Popular membawa pulang sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Acara Tue, 29 Oct 2019

Spray anti VOC keluaran acson yang pertama di Malaysia

Memberi gaya hidup sihat dengan Pemulihkan udara dalaman!