Categories: Acara

Mira Filzah Dilantik Sebagai Duta Kempen ‘Salam Taiwan’ Yang Direka Khas Untuk Kaum Muslim

Sebelum ini, pengacara dan pelakon Mira Filzah tak pernah terfikir pun untuk melancong ke Taiwan. Katanya, negara tersebut tak tersenarai pun dalam Bucket List miliknya.

Tapi tawaran oleh Biro Pelancongan Taiwan untuk dirinya menjadi duta kepada kempen terbaru mereka telah membuka mata Mira tentang betapa indahnya negara Asia Timur itu sebenarnya.

“Taiwan sememangnya permata yang tersorok di Asia kerana terdapat begitu banyak perkara menarik untuk diteroka dan dilakukan.  

“Jika anda mengikuti akaun Instagram saya, anda mesti tahu yang saya memang minat melancong, tak kisahlah secara suka-suka atau untuk kerja. 

“Jadi bila ditawarkan peluang untuk menjadi duta untuk kempen pelancongan negara itu, saya memang teruja kerana saya boleh explore sesuatu tempat baru.”

Kempen yang dimaksudkan dipanggil Salam Taiwan, dan ia bertujuan bagi mengajak rakyat Malaysia dan Brunei, terutamanya kaum Muslim, untuk jadikan Taiwan sebagai satu destinasi percutian mereka yang seterusnya.

Mengenengahkan kemudahan yang ada untuk pelawat Muslim, Salam Taiwan menumpu khas kepada perkara dan aktivti menarik di Taiwan yang Muslim-friendly, seperti makanan dan minuman, hotel, bilik solat awam yang selesa, serta barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang disahkan halal.

Selain itu, ada juga aplikasi Tour Taiwan dan Halal-TW yang memudahkan pengunjung Muslim untuk mencari kedai halal, mengetahui jadual waktu solat dan lokasi masjid dan bilik solat, serta memeriksa info tentang transport dan penginapan. Senanglah nak jalan-jalan!

Pemandangan indah menanti pengunjung di Qingtiangang.

Mira, 25,  berkata dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta bagi sebuah kempen yang besar bagi menolong kaum Muslim.

“Kami telah memilih Mira kerana dia merupakan seorang wanita muda yang cantik, dinamik dan berkebolehan,” kata Anne Hung, wakil pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia.

“Kerjayanya terbahagi kepada pelbagai segi dan ia betul-betul mencerminkan pelbagai sudut keseronokan yang Taiwan tawarkan.”

Teruskan baca artikel ini untuk check out tempat-tempat yang telah Mira kunjungi dan recommend untuk anda pergi di Taiwan.

Mira dan rakan-rakan terpersona dengan kecantikan Floral Field, macam bukan di negara Asia!

Taiwan sebagai hab halal

Terletak di utara negara Filipina di Laut Cina Selatan, Taiwan merupakan sebuah pulau yang dikurniakan dengan pelbagai budaya dan lokasi menarik, dari kota bergemerlapan lampu neon ke alam semulajadi yang indah dipandang.

Ia juga dikenali kerana terdapat banyak pilihan makanan dan juadah enak yang uniquely Taiwan, dan sebilangannya ditawarkan oleh kedai-kedai yang mesra-Muslim.

Taiwan memiliki penduduk Islam seramai 300,000 orang dan keperluan harian mereka dibantu oleh 3 organisasi iaitu Persatuan Cina Musli, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.

Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan Taiwan telah bekerjasama dengan pertubuhan ini untuk memahami keperluan dan permintaan pengunjung Muslim.

“Dalam komitmen kami untuk menjadi hab halal dan usaha bersama menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelawat Muslim, kami akan terus menambah baik kemudahan kami untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim,” tambah Anne.

Salam Taiwan

Kempen ini menekankan 6 teras yang direka khusus untuk melancarkan perancangan perjalanan bagi pengunjung Islam: gaya hidup dan kemampanan (LOHAS) yang menggariskan kaedah kehidupan sihat; pasar malam terkenal Taiwan; taman tema; pemandangan alam sekitar yang memukau; shopping dan kebudayaan Islam.

Dan sebagai duta, Mira berpeluang untuk rasakan sendiri keseronokan yang ada di Taiwan ketika dia terlibat dalam pengambaran iklan Salam Taiwan pada bulan Julai lalu.

“Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke negara ini. Selama ini saya ingat Taiwan ini hanyalah sebuah pulau kecil, tapi tak sangka pula ada banyak tempat untuk diterokai dan enjoy seperti pasar malam dan taman negara,” kata Mira.

Kunjungannya juga telah disertai oleh influencer media sosial Aisha Liyana, Sharifah Rose Sabrina dan Yasmin Redzuan.

Kini anda boleh tontoni iklan tersebut yang menunjukkan pengalaman menyeronokkan yang mereka lalui ketika melancong di negara tersebut.

Wah, seronok betul mereka ketika di sana. Rasa teringin pula nak pergi, kan?

“Seperti yang anda saksikan di dalam video ini, pemandangan di Taiwan memang memukau dan saya bertuah kerana dapat melawat tempat-tempat menarik di sana,” tambah Mira.

Lokasi-lokasi kegemarannya termasuklah Yangmingshan National Park, Qingjing Farm dan Shilin Market.

Shilin Night Market adalah pasar malam terbesar di Taipei.

Kalau tak suka kawasan banda, anda juga boleh menikmati keindahan alam semulajadi.

Seronoknya Mira bila dikelilingi oleh kambing biri-biri di QingJing Farm!

Bila merancang untuk melawati Taiwan, salah satu kerisauan terbesar bagi pengunjung Muslim adalah sama ada makanan halal mudah didapati atau tidak, kan? Jangan risau, Mira kata senang saja nak cari dan memang lazat! 

Ada banyak restoran halal di Taiwan.

“Lawatan ke Taipei Grand Mosque juga merupakan detik yang mengharukan bagi diri saya secara peribadi,” kata Mira lagi.

Kini ada 8 masjid di Taiwan tapi yang terlama dan terbesar adalah Taipei Grand Mosque.

Kalau nak bersuka ria, anda mesti pergi ke Leofoo Village Theme Park!

Ada pelbagai attraction menarik dan penuh thrill!

“Walaupun Taiwan nampak kecil, ia mempunyai the best of everything. Gerenti saya akan pergi lagi ke Taiwan, dan kali ini saya ingin membawa ahli keluarga saya pula.”

Bonus!

Jika anda berminat untuk melancong ke Taiwan, anda bolehlah lawati booth Biro Pelancongan Taiwan (Taiwan Pavillion) di MATTA Fair 2018 yang akan bertempat di Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Booth (nombor gerai: 1413-1432) itu dibuka dari 7 hingga 9 September di antara 10 pagi dan 9 malam. Singgah untuk menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan pakej percutian menarik.

Paling best, duta Salam Taiwan Mira akan membuat penampilan khas di booth ini pada 8 September, 2 petang untuk berkongsi pengalamannya ketika melancong di Taiwan.

Jangan lepaskan peluang ini, okay?

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Biro Pelancongan Taiwan (www.taiwan.net.my) atau Facebook (www.facebook.com/tbrockl/); ataupun menghubungi 03-2070 6789.

Kredit foto: Biro Pelancongan Taiwan

Ad Ops