Categories: Acara

Ribena Lancar Kempen Kebaikan Sepanjang Masa, Perkenal #RibenaBondingPledge

Jenama minuman terkenal Ribena, telah melancarkan kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) sejak 6 Oktober lalu sehingga 5 November ini.

Sempena pelancaran kempen tersebut, Ribena turut memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga.

Selain itu, kempen ini juga telah mewujudkan sebuah peraduan #RibenaBondingPledge yang memberi ganjaran kepada pemenag seperti kredit dari GrabPay dan tiket wayang eksklusif di panggung wayang tercanggih negara, GSC Aurum Theatre.

Pada akhir setiap minggu, 3 pemenang akan memenangi hadiah utama: dua (2) tiket GSC Aurum Theatre (The Gardens Mall), setiap seorang. Manakala, 9 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit GrabPay bernilai RM100.

Menurut Lam Hui Min selaku Ketua Bahagian Pemasaran, Minuman di Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd, Ribena berharap dapat menggalakkan orang ramai akan sentiasa aktif mencipta detik istimewa ketika meluangkan masa bersama satu sama lain.

“Samada bersama teman rapat, atau ahli keluarga, masa berharga yang diluangkan bersama kadang kala hanya dilalui sambil lewa sahaja dalam kehidupan seharian kita.

“Sebagai satu jenama yang mengutamakan masa bersama yang tersayang, Ribena amat mementingkan jalinan hubungan yang erat melalui acara yang akan dianjurkan.

“Kami mahu menjadikan kempen ini sebagai peluang berharga untuk membantu rakyat Malaysia menyemarakkan lagi hubungan sesama mereka,” katanya.

Malah, pempengaruh dan pelakon kegemaran ramai seperti Naddy Sushi dan Zahirah Macwilson juga akan turut menyertai keseronokan bersama kesayangan mereka!

#RibenaBondingPledge bermula pada 6 Oktober 2022 dan akan berlangsung sehingga 5 November 2022 dengan 12 pemenang akan dipilih setiap minggu sehingga kempen berakhir.

Orang ramai boleh ke laman Instagram Ribena untuk ketahui maklumat lebih lanjut dan sertai peraduan tersebut.

Fatin Nurain