Acara By: Fatin Nurain March 13, 2024 @ 5:13pm

The Body Shop Malaysia Anjur Acara ‘Ride To Empower’ Sempena Hari Wanita Sedunia

Jenama The Body Shop Malaysia tampil menganjurkan acara ‘Ride To Empower’ sempena Hari Wanita Sedunia dan pemerkasaan wanita yang ke 40 tahun, pada 8 Mac lalu.

Kira-kira 100 peserta memulakan perjalanan simbolik, menaiki kereta api MRT Laluan Kajang bersama-sama untuk menandakan warisan 40 tahun The Body Shop Malaysia memperkasakan wanita dari stesen MRT Kwasa Damansara ke stesen TRX.

Dalam pada itu, kempen ini bertujuan untuk mencetuskan perbualan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan wanita, memupuk rasa pemerkasaan di ruang awam, di rumah, dan di tempat kerja bersama-sama rakan NGO Pertubuhan bantuan Wanita dan Program Komuniti SPOT.

Menurut Datin Mina Cheah-Foong selaku Pengarah Urusan The Body Shop Malaysia, pemerkasaan wanita telah menjadi teras nilai The Body Shop Malaysia sejak 40 tahun lalu.

“Semasa kami meraikan kejayaan ini, ‘Ride to Empower’ bukan sekadar acara peringatan yang bertujuan untuk memperjuangkan keselamatan wanita di semua ruang, ia adalah simbolik hak untuk memilih kami untuk pergi ke mana-mana dan mengikut kehendak kami.

“Kami percaya pada dunia di mana wanita selamat, yakin dan berkuasa. Sebagai jenama, kami terus bercakap bahawa perniagaan boleh menjadi kekuatan untuk kebaikan,” katanya.

Lebih menarik lagi, acara itu juga turut mendapat sokongan daripada dua aktres terkenal tanah air iaitu Diana Danielle dan Sharifah Amani.

Menurut Diana, dia ingin menggunakan platform yang sedia ada dengan baik untuk terus menyebarkan kesedaran terhadap pemerkasaan wanita kepada masyarakat.

“Saya telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada acara yang dianjurkan oleh The Body Shop sempena Hari wanita Sedunia. Saya sangat teruja tengok semangat yang dibawa oleh semua wanita pada hari ini.

“Bagi saya, memandangkan saya ada platform yang bagus jadi saya ingin cuba untuk ceburi acara yang boleh memberikan impak dan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Amani turut menyifatkan pemerkasaan wanita ini berlaku kerana percaya setiap wanita saling menyokong antara satu sama lain dalam segala perihal.

“Kehadiran saya hari ini untuk memeriahkan lagi Hari Wanita sedunia bersama wanita-wanita perkasa di sini. Bagi saya, wanita ini saling menyokong antara satu sama lain dan kita sentiasa berdiri teguh sesama wanita,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Sep 2021
Acara Tue, 17 Oct 2023

Pertunjukan Fesyen Navarasa Inspirasi Saree, Raihkan Warisan Malaysia

Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala. Acara in, yang berlangsung selama beberapa hari, menghimpunkan peminat fesyen, artis, […]

Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Thu, 12 Dec 2019
Acara Fri, 14 Sep 2018
Acara Fri, 13 Mar 2020