Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2026 @ 8:11am

Adriana Adnan Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Sebagai Pelanggan Pasar Malam, Bukan Perlekeh Peniaga

Pelakon dan pengacara Adriana Adnan, 31, tampil menjelaskan kenyataannya selepas menerima kritikan susulan perkongsian pengalaman berdepan layanan kurang mesra di pasar malam.

Menurut pengacara Hello Doktor itu, dia hanya mahu berkongsi pengalaman sebagai pelanggan dan bukan untuk memperlekeh mana-mana peniaga.

“Saya tak jangka isu itu tiba-tiba jadi perhatian. Waktu itu saya cuma ceritakan pengalaman di bazar yang agak sibuk dan layanan terasa dingin.

“Saya tak minta layanan istimewa, cukup sekadar senyuman atau tutur kata yang baik sebab kita datang untuk membeli,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Tambah Adriana, interaksi ringkas mampu memberi keselesaan kepada pelanggan ketika berurusan secara bersemuka.

“Kita datang nak beri rezeki juga kepada peniaga. Kadang cara menjawab buat pelanggan rasa macam dimarahi walaupun baru pertama kali jumpa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Adriana mengakui memahami tekanan dihadapi peniaga terutama ketika waktu puncak.

“Saya faham mereka penat dan sibuk, tapi kalau sempat senyum sekejap pun sudah cukup buat suasana lebih baik untuk kedua dua pihak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adriana Adnan (@adrianaadnan)

Selain isu layanan, Adriana turut menjelaskan kandungan ulasan Adriana Cari Makan yang dihasilkannya di media sosial hanyalah pandangan peribadi sebagai pembeli.

“Saya beli sendiri semua makanan dan komen ikut selera sendiri. Kalau tak kena di tekak saya, saya beritahu secara jujur.

“Tak ada niat jatuhkan sesiapa sebab setiap orang ada cita rasa berbeza. Apa yang saya tak suka mungkin orang lain suka,” katanya.

Adriana berkata dia melihat perbincangan yang timbul sebagai sesuatu yang positif apabila penonton turut berkongsi pandangan.

“Pernah juga cara saya makan kuih jadi topik perbualan. Ramai betulkan dan saya anggap itu perbincangan sihat.

“Saya rasa makanan memang boleh satukan orang kerana ramai beri reaksi dalam setiap video,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adriana Adnan (@adrianaadnan)

Terdahulu, perkongsian dalam siri kandungan Adriana Cari Makan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, namun membuka peluang kerjasama termasuk projek jelajah bazar Ramadan bersama AirAsia.

Program #AdrianaCariMakan membawa Adriana meneroka pelbagai lokasi dalam dan luar negara seperti Alor Setar, Sabah, Sarawak, Brunei serta Banjarmasin, Indonesia dengan episod baharu disiarkan dua kali seminggu.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Adriana mengakui terpaksa berjauhan dengan keluarga pada awal Ramadan.

“Ini kali pertama saya sambut Ramadan jauh daripada keluarga. Hanya selepas beberapa hari barulah sempat berbuka bersama mereka kerana jadual kerja padat.

“Memang rindu rumah, tapi pengalaman jelajah bazar di tempat lain sangat berharga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2026

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Trending Thu, 21 Apr 2022
Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Finally, Akim dan Stacy keluarkan lagu baru!

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Kantoi Dadah…Vokalis Kumpulan Rock Terkenal Ditahan!

Ujian saringan air kencing terhadap penyanyi berusia 43 tahun itu mendapati dia positif methamphetamine, amphetamin dan ganja.

Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Uqasha Senrose DiKritik Lagi Kerana Gambar di Instagram

Selepas di buka tudung suatu ketika dahulu, kini di kritik lagi hanya kerana gambar di Instagram

Featured Tue, 7 Mar 2023

Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

Sebaknya min😰 Anak-anak mesti sedih tapi tak reti nak express😳

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
error: Content is protected !!