Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2020 @ 12:59pm

Alahai Bubur Lambuk Kampung Baru! Selepas 100 Tahun, Ini Kali Pertama Ianya TIDAK Beroperasi

Ramai yang agak bersedih kali ini terutamanya ketika sambutan Ramadan tidak semeriah seperti sebelumnya.

Begitu juga yang dialami oleh tukang masak bubur lambuk Kampung Baru, Zainal Abidin Hamid, 65, apabila beliau turut terkesan dengan keadaan sekarang.

Sumber : Google

Sedih juadah popular setiap kali Ramadan itu, buat pertama kalinya tidak dapat diedarkan kepada masyarakat selepas 100 tahun beroperasi akibat PKP.

” Ini kira sejarah. Walaupun sedih, saya tetap reda dengan apa yang berlaku dan berharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa,” Katanya.

Tambahnya lagi, ia bermula sejak 100 tahun dulu apabila jemaah masjid bersepakat membuat bubur lambuk.

Sumber : Google

” Saya adalah generasi keempat dan resipi keenakan bubur lambuk adalah turun temurun dari jemaah masjid yang lain

” Kebiasaannya kami akan mengedarkan 4,000 bubur lambuk setiap hari pada bulan Ramadan setiap tahun, namun kali ini berbeza, hanya tinggal periuk kosong sahaja,” Jelasnya.

Sumber : Google

Namun, menurut pak cik Zainal, sesiapa yang mahu membuat tempahan bubur lambuk daripadanya bolehlah terus menghubungi beliau.

“Ramai orang yang menghubungi saya bertanya mengenai bubur lambuk pada tahun ini, sebab itu saya terima tempahan dengan kuantiti sedikit

“Sekurang-kurangnya dapat melepaskan kerinduan masyarakat terhadap bubur lambuk Kampung Baru,”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

Events Thu, 12 Apr 2018

Rico Rinaldi Dihentam Kerana Gunakan Neelofa

Menurut Rico pemilihan ini adalah disebabkan oleh imej dan penghijrahan Lofa yang dianggap sangat sesuai dengan jenama tersebut. Bagi Rico, beliau mengakui turut terkena tempias melibatkan isu kontroversi Lofa, sehingga menyebabkan ada beberapa pihak penaja yang telah menarik diri disaat-saat akhir. 

#ThrowbackXTRA Wed, 29 Mar 2023
Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?

error: Content is protected !!