Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 6, 2023 @ 6:47pm

Azfar Heri Akhirnya Genggam Ijazah! Kapsyen Kenang Susah Payah Zaman Belajar Undang Sebak

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri akhirnya menamatkan pengajian Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Multimedia (Kepujian) dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) semalam.

Azfar turut berkongsi perasaan gembira tersebut di laman Instagram dengan kapsyen yang menceritakan susah payah zaman sewaktu belajar dahulu.


Kapsyen tersebut mencuri tumpuan netizen dan membuatkan air mata pembaca bergenang.

Akui berbangga dengan pencapaiannya sekarang, Azfar menarik nafas lega apabila selama tiga tahun tempoh belajar yang diuji dengan pelbagai onak duri kini berakhir.

Azfar atau pemilik nama sebenar Muhammad Azfar Herisham hampir berputus asa kerana penat dengan liku-liku hidup.

Tidak mudah patah semangat, Azfar bagaimanapun terus bangkit untuk mengejar impiannya.

“Sejujurnya, kadang-kadang rasa nak give up, ye la hidup ni memang memenatkan dan tak selalunya manis.

“Tapi bila fikir balik, kenapa nak kena give up kalau kau sendiri dah pilih untuk start?” tulisnya.

Menurut Azfar, penting untuk percayakan diri sendiri kerana itulah kunci sebenar kebahagiaan.

Anak sulung daripada empat beradik yang tidak pernah lekang dengan gelak tawa dan perangai yang kelakar itu seakan tidak percaya dirinya telah pun menggenggam segulung ijazah.

Dalam pada itu, ekoran isu pelajar sekolah enggan menyambung pelajaran sebaliknya memilih untuk menjadi pempengaruh media sosial hangat diperkatakan, Azfar menitipkan pesanan agar jangan sesekali berhenti belajar walau apa jua yang berlaku.

“Untuk adik-adik yang masih sekolah, jangan stop untuk belajar okay?

“Hari ni kita akan belajar benda baru dan kadang-kadang kita takkan tahu pun benda yang kita buat tu adalah punca rezeki kita satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Azfar menasihati netizen untuk melakukan sesuatu mengikut minat dan jangan sesekali membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Sebagai anak yang sentiasa mengutamakan keluarga, Azfar memberitahu bahawa dia tidak akan pernah berhenti atau jemu untuk membanggakan serta membahagiakan keluarga kecilnya itu.

Sudah tiba masanya untuk dia membalas jasa mereka yang telah banyak berkorban dalam hidupnya sebelum ini.

“Saya takkan stop untuk buat family saya bangga dan happy. Now it’s my time to give back to them,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut meluahkan rasa bangga serta tumpang gembira atas kejayaan Azfar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Mar 2018

Bijak dan Popular, Ini Senarai 8 Selebriti Tempatan Yang Pernah Mendapat Keputusan Cemerlang SPM!

Istimewa sempena bahang result SPM, Hijab & Heels  menyenaraikan kembali 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM!

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

孙燕姿224来马举办唯一一场首印会

眸违将近四年,天后孙燕姿将带着她亲自着手构思和筹备的新专辑《孙燕姿No.13作品:跳舞的梵谷》于2月24日来到大马举办由ONEMUSIC荣誉呈现的孙燕姿《孙燕姿No.13作品:跳舞的梵谷》马来西亚唯一一场专辑首印会,与等待已久的大马姿迷见面!

Trending Fri, 10 Aug 2018

Tular Video Datuk Seri Aliff Syukri Menghukum Anaknya

Dato Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya kerana tegas mendidik untuk kebaikan mereka.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Watie Hanifiah titip ucapan buat Shuib sempena ulang tahunnya

error: Content is protected !!