Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 2:39pm

Bahagia Dengan Anak-Anak, Erma Fatima Tak Fikir Cari Pengganti

Pelakon serba boleh, Erma Fatima mengakui dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini.

“ Secara jujurnya, saya dah tak fikir semua itu. Buat masa sekarang saya sangat bahagia dengan kehidupan solo.

“ Bukan apa, bukan mudah untuk mengenali hati budi seseorang. Saya rasa menyusahkan diri saja nanti. Nak kena belajar faham dia, nak faham kerenah dia…kena start all over again,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Permainan Mudah Alih, Mak Cun’s Adventure di Restoran Subak, sebentar tadi.

Ketika diusik sama ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati Erma Fatima sejak kembali solo, beliau dalam nada berlawak memberitahu, “ Buat masa ini tiada langsung, tak ada siapa berani lagi,”

Beliau menegaskan fokus hidupnya kini adalah anak-anak.

“ Mereka adalah harta yang saya ada,” katanya.

Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24 tahun, Ahmad Arir, 22 tahun, Ahmad Aifin, 20 tahun, Citra, 15 tahun, dan Nurain berusia 11 tahun.

Perkahwinan Erma bersama pengarah terkenal, Bade Azmi bertahan selama 26 tahun dan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Wed, 26 Nov 2025
OMG Fri, 25 May 2018

Nafsu Gadis Bertudung Dalam LRT, Seronok Sampai Keluarkan Cecair?

 Seorang pengguna di laman twitter bernama Wani telah memuat naik satu entri mengenai pengalaman buruknya ketika bulan ramadan baru-baru ini kerana menjadi tempat melempiaskan nafsu ‘gadis bertudung’. Tetapi, apa yang menakutkan ialah, Wani mendapati setelah […]

Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

FESYEN Thu, 26 Sep 2019

Nabila Razali Pandai Bawa Diri – Jasmin Hamid

Pelakon hebat yang mencipta nama dari zaman 90an, Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid ini masih aktif berlakon sehingga kini.  Terbaharu, beliau digandingkan dengan penyanyi lagu Pematah Hati, Nabila Razali dalam satu […]

Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!