Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 7, 2022 @ 11:21am

Bela Nasib Kakak Tak Bahagia Dalam Perkahwinan, Janna Nick Sanggup Buat Apa Saja!

Dalam membela nasib kakaknya yang tidak bahagia dalam perkahwinan, Janna Nick tekad untuk membuat apa saja.

Biarpun melalui perjalanan hidup yang tidak pernah mudah, semuanya dilakukan bagi memulihkan emosi kakaknya.

Eh, bila masa Janna ada kakak? Ha, jangan terkejut kerana ini hanyalah watak yang dibawakan aktres itu dalam drama terbaru bertajuk Shakira!

Shakira akan mengisi slot Akasia bermula 5 Januari lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 28 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, nukilan skrip oleh Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli dengan barisan pelakon popular Malaysia seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar, Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, dan Edika Yusof.

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.

Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).

Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.

Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Shakira bermula 5 Januari 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi.

Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi rantaian drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48jam selepas tayangan di TV3.

Dapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda dengan melayari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jan 2022

“Tersembur Air Kopi Saya Tengok Awak…” – Nyanyian Michael Ang Timbul Berbagai Reaksi Netizen

Pengarah terkenal Michael Ang kini mencuba bakatnya di dalam bidang nyanyian apabila lagunya bertajuk Cinta Atau Propa telah dikeluarkan di saluran YouTube Indigital Music pada Rabu. Menerusi video muzik lagu itu, Michael berjaket merah sambil […]

Hiburan Tue, 2 May 2023
Featured Thu, 13 Jan 2022

“Mereka Tak Mahu Hadapi Kesusahan” – Jackie Chan Sifatkan Pelakon Muda Enggan Bersungguh Dalam Kerjaya

Pelakon popular antarabangsa, Jackie Chan, 67, baru-baru ini tampil dalam sebuah program bual bicara memperingati Golden Rooster Awards di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pelakon muda. Pelakon filem aksi itu berkata, pelakon muda […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Tue, 3 Sep 2024
Trending Thu, 24 Jun 2021

Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang meninggalkan komen biadap serta memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap dirinya. Membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi, Elizad, 37, berang dengan […]

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
error: Content is protected !!