Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2025 @ 7:45pm

“Boleh Fikir Mana Yang Boleh & Tak Boleh” – Mimi Lana, Syafiq Kyle Profesional, Tak Letak Syarat Dalam Lakonan

Pelakon Mimi Lana mengaku dia dan suaminya, Syafiq Kyle, bersikap profesional dan tidak meletakkan sebarang syarat terhadap kerjaya lakonan mereka meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

Kata Mimi ketika ditemui XTRA, ikatan yang terjalin sejak sekian lama membantu mereka saling memahami tanpa memerlukan sebarang peraturan khusus dalam karier masing-masing.

“Kami tidak meletakkan apa-apa syarat kerana kami sudah lama saling mengenali. Namun, yang penting adalah mempunyai common sense.

“Kita tahu membezakan antara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Mana yang baik dan mana yang tidak sesuai.

“Lagipun saya dan Syafiq sudah berbincang mengenai perkara ini sejak belum berkahwin lagi, jadi tidak timbul sebarang isu,” ulasnya.

Mimi berkata demikian usai majlis tayangan dan sidang media drama First Wives yang berlangsung di Pusat membeli belah terkenal di ibu  kota, pada Rabu.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai pembahagian masa antara tugas menjadi seorang isteri dan pelakon, Mimi menjelaskan, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan tidak ada sebarang masalah untuk mereka berdua.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah. Perkahwinan kami pun masih baharu, belum sampai dua bulan lagi. Buat masa ini, semuanya baik-baik saja.

“Saya pun masih belum memulakan penggambaran. Doakan semuanya dipermudahkan,”tambahnya.

Selain Mimi, drama First Wives turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat, Melissa Campbell,  Zeera Azizi, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.

Drama First Wives yang terdiri daripada lapan episod ini akan mula ditayangkan pada 11 April ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Kenyataan ‘Jangan Bergaul Dengan Orang Dari Broken Home’, Shila Amzah Tegur Stigma Negatif Netizen – “Kami Juga Layak Dicintai”

Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui kelompok rakan yang saling memahami

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Pernah Cuba Bunuh Diri…Siapa Sangka Selebriti Cantik Ini Rupanya Berdepan Masalah Bipolar!

Untuk netizen di luar sana, hati-hati dengan apa yang anda tulis. Penulisan kalian mungkin memudaratkan fikiran orang lain. Ingat tu!

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Fri, 26 Sep 2025

“Ini Bukan Kecil Nilainya, Mereka Korbankan Harta & Nyawa Ke Jalan Allah” – Nabil Ahmad

Nabil Ahmad berpesan agar orang ramai di luar sana mendoakan keselamatan delegasi Malaysia dalam misi GSF

error: Content is protected !!