Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 15, 2019 @ 6:12pm

Cinta Majikan & ‘Intern’…Mampukah Mereka Bersatu?

Sudah lama Farah Nabilah menyimpan perasaan pada Fikry Ibrahim tetapi dipendamnya kerana dia sedar dirinya siapa dan Fikry juga sudah dimiliki. Farah Nabilah akui yang Fikry Ibrahim adalah yang pertama di hatinya tetapi perasaan itu rupa-rupanya hanyalah dalam drama terbaharu lakonan mereka di slot Akasia, Kau Yang Pertama terbitan Sha’s Media Sdn. Bhd. yang telah pun bersiaran 12 Ogos lalu. 

Selain Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah, Kau Yang Pertama arahan Hadith Omar ini turut dibantu oleh Tasha Shilla, Ellyas Abdullah, Elly Mazlein, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Mambo , Wan Nor Azlin, Amar Asyraf, Nasz Sally dan juga Laila Nasir.

Fikry Ibrahim yang membawakan watak Farhan, pengasas dan pemilik Butik Carla’s Collections di mana tempat Rose Natasya lakonan Farah Nabilah membuat latihan industri bagi semester akhir pengajiannya.

Dalam diam, Rose selalu berangan bersama Farhan bagaikan babak dalam drama-drama Korea. Namun, Rose sedar dirinya siapa, lagipun Farhan sudah pun bertunang dengan Ameera (Tasha Shilla).

Ikatan pertunangannya dengan Ameera, seorang model terkenal sentiasa mendapat perhatian netizen kerana kedua mereka dikenali di media sosial. Namun, berlaku sesuatu yang mengejutkan di hari pernikahan mereka. Ameera pengsan sebelum sempat mereka diijabkabulkan. Farhan terkejut apabila mendapati Ameera hamil. Ameera berbohong mengatakan bahawa dia telah dirogol sewaktu dia membuat peragaan di luar negara. 

Farhan kecewa dengan Ameera yang berselindung dan malu apabila majlis perkahwinannya terbatal. Farhan mengurungkan diri di rumah dan urusan pelancaran koleksi terbaharu butik Carla’s Collection di serahkan kepada Irfan (Ellyas Abdullah ) buat sementara waktu. Semasa ketiadaan Farhan, Rose dan Kak Zaza (Elly Mazlein) bertungkus lumus menyiapkan rekaan baju baharu mereka. Penat lelah Rose berhasil apabila rekaannya telah terpilih sebagai koleksi terbaharu Carla’s Collection. Rose terus diserap untuk bekerja di butik sebagai pembantu kak Zaza sebaik sahaja tamat latihan industrinya. 

Rose gembira dan lega kerana akhirnya dia dapat membantu ibunya, Mak timah yang sering diganggu oleh Mak Gayah dan anaknya Suraya kerana menuntut hutang yang dibuat oleh bapanya. Farhan dan Rose juga semakin hari semakin rapat. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia seperti sudah dilamun cinta dengan Rose tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya.

Rose yang pulang untuk bercuti di kampung tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh ibunya kerana terpengaruh dengan kata-kata Suraya yang menjaja cerita buruk kononnya Rose menjual maruahnya di Kuala Lumpur. Apabila mengetahui Rose mahu berhenti kerja, Farhan membuat keputusan untuk pergi ke kampung Rose dan memujuk Mak Timah. 

Sesampainya di kampung, Farhan dikejutkan dengan permintaan Mak Timah yang meminta supaya dia mengahwini Rose jika mahu dia benarkan Rose kembali bekerja di butik Farhan. Farhan tersepit tetapi dalam masa yang sama Farhan merasakan itu yang terbaik untuk menutup mulut orang dan juga mengelakkan dirinya daripada diganggu Ameera yang masih menagih cintanya. 

Akan bahagiakah cinta pertama buat Rose dengan lelaki yang diminatinya, iaitu majikannya sendiri? Saksikan drama romantis Kau Yang Pertama setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

周秀娜来马大方分享瘦身秘籍!

本地极具影响力微商企业日前推介高质量新品,邀来了香港性感女神Chrissie周秀娜作为特别嘉宾,为新产品美丽加持!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Ong Seong Wu’s First Fan Meeting in Malaysia Saw Over 4,000 Attendees

It was a fun evening for the fans and even for Ong Seong Wu himself.

Hiburan Tue, 28 Jun 2022

“Such A Vibe” – Netizen Puji Persembahan Santai Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz

Konsep persembahan ‘open air’ Dayang Nurfaizah mencuri tumpuan peminat.

Featured Mon, 18 Sep 2023

Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

Pendakwah bebas sensasi, Ustaz Ebit Lew akhirnya tampil mempertahankan dirinya selepas pelbagai spekulasi timbul melibatkan isu fitnah melampau yang tular sejak kebelakangan ini. Katanya, tuduhan seperti yang tular sebelum ini langsung tidak berasas sekaligus dia […]

error: Content is protected !!