Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 9, 2018 @ 8:00am

Ciri Birit Dan Muntah Lepas Makan, Laksa ‘Ragut’ Dua Nyawa

Bagi penggemar laksa, anda pastinya tahu kesedapan hidangan laksa itu sebenarnya terletak pada rasa kuah ikannya yang pekat. Jika sempurna rasa kuahnya, pasti akan licin dihirupnya. Walau bagaimanapun, ada juga laksa yang ‘persembahannya’ nampak cantik tetapi…BERACUN!

Gara-gara makan laksa, sebanyak dua kematian manakala 10 kes keracunan makanan dilaporkan di Kedah. Isu ini mula tular di sosial media sejak semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang Baling.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di Perak manakala 10 kes keracunan makanan lagi di Kedah.

“ Tujuh kes lagi dari sebuah keluarga di rumah sama dengan simptom demam, cirit birit, dan muntah di mana dilaporkan memakan laksa jam 9.30 malam pada 4 Oktober lalu.

“ Laksa berkenaan dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, Baling pada jam 5.30 petang.

” Kemudian pada 7 Oktober dua lagi kes dimasukkan ke Hospital Gerik kerana gejala keracunan makanan setelah memakan laksa yang dibeli pada 4 Oktober di gerai sama di mana salah seorang mangsa dirujuk ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.31 petang hari sama,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Dr Norhizan berkata, selain itu, 10 kes keracunan makanan berkaitan dengan laksa yang dibeli di kedai turut dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan mendapat rawatan di Hospital Baling.

” Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan JKN Perak untuk mengenalpasti kes-kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama.

” KKM ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai gejala KRM untuk segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihak JKN Kedah sudah menjalankan pemeriksaan dan penutupan sementara premis yang terbabit untuk membantu siasatan bagi mengenalpasti punca berlakunya KRM.

” Beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

” Orang ramai diminta supaya tidak khuatir kerana kejadian wabak ini adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Maher Zain Tak Lupa Palestin, Dedikasi Empat Lagu Dalam Konsert KL

Maher Zain konsert pertama jelajah Asia Tenggara

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Wed, 2 Oct 2024
Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Featured Fri, 18 Apr 2025

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka

error: Content is protected !!