Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 23, 2020 @ 3:36pm

COVID-19: UK Catat 50 Kematian Dalam Masa 24 Jam

AKIBAT masih ada rakyat negara UK yang masih bersesak-sesak di pasaraya dan keluar di kawasan terbuka pada hujung minggu, negara itu berhadapan dengan 50 kes kematian akibat pandemik Covid-19 dalam masa 24 jam! 

Walaupun amaran memperketatkan undang-undang kepada rakyat negara itu  telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson, namun masih ada daripada mereka yang masih ingkar dan tidak melakukan penjarakkan sosial ketika ini. 

Menurut Johnson, mengikut sumber data jabatan kesihatan negara itu, terdapat 281 kematian telah dicatatkan dengan peningkatan sebanyak 50 kematian dalam masa 24 jam. Hal ini menjadikan kes Covid-19 di negara itu meningkat menjadi 5683 kes pada waktu ini. 

Kredit foto: politicshome.com

Menerusi sebuah sidang media, Johnson juga berpesan kepada rakyat Britain supaya mengkuarantinkan diri di dalam rumah dan melakukan penjarakkan sosial sekiranya perlu keluar daripada rumah.

Ujar beliau lagi, pihak kerajaan akan mengambil tindakan sekiranya rakyat di negara itu masih gagal mematuhi larangan yang telah ditetapkan. 

Jumlah kematian yang telah dicatatkan oleh negara Britain ketika ini sudah menyamai angka yang diumumkan oleh negara Itali pada (7 Mac) sebelum negara itu diumumkan sebagai negara paling teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Penyedian penjagaan kesihatan awam di United Kingdom (UK), Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) memberitahu sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk mungkin berisiko untuk dijangkiti virus ini dan perlu duduk di rumah bagi tempoh 12 minggu.

Pada Jumaat lalu, UK telah mengumumkan perlaksanaan  ‘drakonian’ bagi membasmi penularan wabak Covid-19. Perkara ini temasuklah arahan menutup semua sekolah, bar, pub dan restoran di negara itu. Kerajaaan negara itu juga menasihatkan mereka yang mempunyai antibodi lemah, termasuk penghidap kanser, supaya mengikut arahan kuarantin di rumah. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Featured Thu, 22 Sep 2022

Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Haa kan, tak pasal pasal dah kena tegur dengan Izara Aishah. Husnuzon semua, boleh jadi banyak perkara sama sebab kebetulan saja

Trending Mon, 7 Oct 2024

Ini Perfume Yang Wajib Korang Ada Sekali Spray, Terus Wangi 3 Hari!

Siapa yang tak boleh keluar rumah tanpa spray perfume atau wangian di keseluruhan badan terlebih dahulu? Haa.. Mesti ramai macam ini kan? Bukan apa rasa keyakinan diri auto meningkat bila dah wangi tu. Tapi, kadang-kadang […]

Trending Wed, 30 Dec 2020
Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Sat, 27 Jun 2020
Trending Tue, 5 May 2020

Ini 11 Soalan Lazim Tentang Perjalanan Rentas Negeri 7-10 Mei & Aplikasi Gerak Malaysia

Info tentang aplikasi Gerak Malaysia dan perjalanan rentas negeri

error: Content is protected !!