Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 26, 2020 @ 9:55am

Dakwaan Video B*gel Buat Afieq Shazwan Terkilan

Penyanyi Afieq Shazwan mengakui terkilan kerana ada sesetegah pihak cuba mencemarkan nama baiknya dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Afieq atau nama sebenarnya, Muhammmad Shafieq Shazwan, 23, kesal dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab mendakwa Afieq mempunyai video bogel yang tular di laman Twitter.

“Saya terkejut dengar cerita ini. Saya cari juga di Twitter sebab ramai yang memberikan mesej peribadi (DM) kepada saya, mereka kata ada video tak senonoh saya di Twitter.

“Tapi, bila cari, tak jumpa pun! Setahu saya, saya sendiri tak pernah lagi saya membuat panggilan video atau menghantar video yang bukan-bukan pada sesiapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terkini, Afieq bakal melancarkan single terbarunya, Gerak Lu pada Jumaat, 27 November ini di seluruh saluran digital.

Muzik video Gerak Lu juga boleh ditonton di laman  YouTube Rasmi FMC Music pada hari yang sama, 27 November jam 8 malam.

Gerak Lu merupakan lagu hasil ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan Faezal. Ia juga merupakan single kedua Afieq bergandingan bersama rapper Malik Abdullah setelah  single Lelaki Di Telefon.

“Sebelum Gerak Lu, single Lelaki Di Telefon mendapat respons positif dengan tontonan hampir mencecah 8 juta di YouTube. Saya juga pernah muncul dengan dua buah single balada berjudul Seandainya dan Darjat. Tetapi, malangnya kedua buah lagu ini kurang mendapat sambutan.

“Entah kenapa, mungkin rezeki saya lebih kepada lagu-lagu rancak agaknya, walaubagaimanapun, saya tidak akan berputus asa dan akan tetap hasilkan lagu genre balada yang dapat memikat hati peminat satu hari nanti,” kata Afieq yang menampilkan kelainan dalam muzik videonya.

Dalam perkembangan lain, Afieq juga bakal tampil sebagai rookie di program Vokal Mania yang bersiaran Sabtu ini.

Jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Selebriti Tue, 15 Aug 2023
Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Trending Mon, 9 Apr 2018

Wow! Nenek 97 Tahun Masuk Acara Angkat Berat

Terdahulu, beliau merupakan seorang bekas guru tarian yang amat meminati sukan. Segalanya bermula sejak beliau berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.

Featured Sat, 9 May 2026

“Cakap Yang Penting, Bukan Yang Penting Cakap” – Saiful Apek

Kata Apek, tidak semua perkara perlu diperkatakan sekiranya ia tidak membawa sebarang manfaat apatah lagi bertujuan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.

error: Content is protected !!