Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal January 15, 2020 @ 4:54pm

Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

Beberapa hari ini, kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka, Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan.

Kisahnya itu mendapat perhatian selebriti lain yang turut memberikan kata semangat buat pelakon cilik itu, tidak ketinggalan penyanyi lagenda Dato’ Hattan juga turut manzahirkan simpati melihat nasib Balqis.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang netizen di Facebook, rata-rata netizen mempertikaikan kredibiliti Kesatuan Seniman yang dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk membantu Puteri Balqis.

Namun dakwaan tersebut disangkal oleh Hattan yang membalas beliau ada berbual dengan Presidennya iaitu Zed Zaidi mengenai hal itu dan pihak Seniman banyak membantu.

Dalam pada itu, Hattan berkata melihatkan keadaan Puteri Balqis, pelakon cilik itu mungkin perlu mendapatkan rawatan kampung.

Dalam satu perkongsian lain, Hattan menyeru pihak-pihak produksi diluar sana supaya membuka ruang kepada Balqis untuk beraksi semula di dalam industri hiburan tanah air. Hattan turut mendoakan agar Balqis segera sembuh dan dilimpahkan rezeki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Sat, 11 Apr 2026
Featured Fri, 10 Jun 2022

Sering Terima Watak Antagonis, Adam Corrie Akui Bosan – “Asal Jahat Saja Saya”

Haiyaa Dragon dah bunyi tu 🔥Dragon sekarang dah tukar angin nak jadi ustaz pulak 😂 Tapi betul la cakap Adam asyik dapat watak yang sama je mesti la bosan 😌

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu

Filem Tue, 19 May 2026

Poster & Treler Rasmi Undang Perhatian, Filem Khadam Tampil Dengan Aura Seram Berbeza!

Pelancaran poster dan treler rasmi Khadam memberi gambaran lebih jelas tentang arah penceritaan filem tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem seram tempatan paling dinantikan tahun ini.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
error: Content is protected !!