Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2024 @ 5:52pm

Didakwa Sebar Kebencian Isu Boikot Selebriti Tanah Air, Awal Ashaari Persoal Motif Wardina Saffiyah – “Beliau Sendiri Pernah Jadi Duta Jenama ‘Isr*hell’..”

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mempersoalkan tindakan bekas pelakon dan pengacara, Wardina Saffiyah yang didakwa telah menyebarkan kebencian menerusi platform Instagram miliknya terhadap selebriti Malaysia yang dikritik tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Menerusi status di Instagram Story (IGs), Awal terkejut apabila Wardina yang tidak mengenalinya secara peribadi itu bertindak dengan drastik dengan meminta pengikutnya menyekat nama-nama selebriti yang masih bekerjasama dengan produk Israel.

“Sampai ke perhatian saya tentang seorang yang tidak mengenali saya secara peribadi, called out my name, my wife and other celebrity friends yang tidak ada kaitan langsung dengan diri beliau.

“Mencipta kebencian, cuba memecah belahkan kami dengan warganet dengan menggunakan paksi agama dan isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.

“Apa motif beliau? Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan pernah menjadi ambassador kepada jenama-jenama ‘Israhell’ seperti yang ditegaskan oleh beliau. Kenapa sekarang?,” soalnya.

Meskipun kesal nama isteri dan anak-anak turut dikritik, Awal bagaimanapun mendoakan kesejahteraan Wardina sihat mental dan fizikal.

“Post nama-nama kami, repost siapa yang ikut cara akak.. Siap ada special highlight didedikasikan di IG akak. Untuk apa? I wish you well fizikal dan mental WS (Wardina Saffiyah),” katanya.

Sementara itu, Awal menganggap perbuatan Wardina itu seakan menutup periuk nasi selebriti tanah air yang berusaha mencari pendapatan halal demi menyara keluarga mereka.

“Ada cara yang lebih baik untuk berdakwah atau mencipta gerakan, tapi bukan dengan cara mencipta kebencian, memecah belahkan rakyat Malaysia dan menabur pasir dalam periuk nasi kami anak seni yang rata-rata struggle dalam mencari pendapatan bagi menyara banyak mulut di rumah.

“Kami ada anak-anak yang tak berdosa, ada mak bapa, mentua yang perlu kami sara. Ada adik-beradik yang bergantung hidup dengan kami.

“Ada pekerja-pekerja yang berkeluarga yang perlu digaji. Ada tanggungjawab kepada negara yang perlu kami langsaikan,” tulisnya lagi.

Awal Ashaari

Dalam pada itu, Awal berkata tidak wajar untuk menilai dari dasar sahaja mengenai tindakan seorang ‘public figure’ yang berdiam diri dan tidak berkongsi mengenai rejim Israel terhadap Palestin seolah-olah menandakan mereka menyokong perbuatan kejam tersebut.

“Bukan macam akak, duduk di negara luar, tak tahu struggle kami kat sini. Bersembunyi disebalik Instagram Israhell ini mencipta kebencian untuk memecah belahkan kami di bumi Malaysia yang majoritinya Islam, yang tidak perlu dipertikaikan sokongan kami.

“Walaupun tak selalu disensasikan di media sosial, jiwa dan doa kami sentiasa untuk saudara-saudara seagama kami di Palestin,” akhirnya.

Awal Ashaari

Sebelum ini, Wardina mengambil pendekatan untuk menyekat semua akaun IG selebriti Malaysia yang membisu soal Palestin.

Artikel Berkaitan: Wardina Safiyyah Dah Tak Tahan, ‘Block’ Semua Artis Yang Membisu Soal P*lestin – “Why Do You Follow People Like This? Sudah Lah” 

Artikel Berkaitan: “Jangan Lupa Dosa Sesama Manusia, Siapa Kita Untuk Jatuhkan Hukum?” – Scha Alyahya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Balasan Itu Benar! ‘Qifarah’ Hantui Pawagam Dengan Cerita Dosa & Penyesalan

Filem Qifarah penuh elemen seram, saksikan di pawagam terdekat anda!

Featured Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Featured Sat, 2 May 2026
Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Pelakon Elvina Mohamad Sah Bergelar Isteri Datuk Haniff Borhan

Akhirnya, perkenalan selama dua tahun akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Sampai Bila Nak Bawa Watak Nenek Atau Hantu?

Watak Ibu-Ibu lebih sesuai diberikan kepada pelakon seusia saya. Habis tu pelakon seumur saya nak bawa watak apa?

Trending Sun, 3 May 2020
Sponsored Wed, 30 Aug 2023

HONOR 90 5G, Pilihan Terbaik Untuk Content Creators!

Baru-baru ni telah berlangsungnya TikTok Awards Malaysia 2023 dengan gilang gemilang dan jayanya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Acara terbesar TikTok yang julung kalinya diadakan di Malaysia ni disiarkan […]

Featured Mon, 21 May 2018
error: Content is protected !!