Categories: Drama

Jalani Penggambaran Di Jepun, Naskhah Ini Satukan Siti Khadijah, Sophia Albarakbah, Fimie Don & Ikmal Amry

Penstriman OTT serantau terkemuka kini tampil dengan drama bersiri Viu Original. ‘From Saga With Love’ menampilkan barisan pelakon terkenal, Sophia Albarakbah, Siti Khadijah, Fimie Don dan Ikmal Amry. 

Drama 10 episod yang diarahkan oleh Umi Salwana Omar dan diterbitkan oleh Lina Tan sudah mula tayangan pada 21 September lalu.

Drama ‘From Saga With Love’ ini adalah drama Melayu pertama yang mula melebarkan sayap dengan membuat penggambaran di Jepun iaitu Saga, terletak di Selatan Pulau Khusyu.

Menurut Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner drama ‘romantic-comedy’ ini bakal mencuit hati ramai penonton, selain mempunyai jalan cerita yang menarik. 

“Dengan menggabungkan elemen komedi, percintaan dan penerokaan budaya yang cukup menarik, kami sangat teruja membawakan drama ini untuk tontonan ramai,” ujarnya. 

‘From Saga With Love’ mengisahkan tentang Karma seorang pempengaruh media sosial yang menipu menjadi jurubahasa Bianca Rozario ketika lawatannya di Jepun. 

Konflik bermula apabila dalam masa yang sama Karma juga sedang menjalankan misi rahsia, turut dibantu oleh kehadiran juruvideo, Bob dan Sham. 

Watak Karma dimainkan oleh Siti Khadijah Halim, watak Bianca Rozario pula dipegang oleh Sophia Albarakbah, manakala watak juruvideo yang meminati Bianca, iaitu Bob oleh Fimie Don dan watak utama terakhir, Sham dimainkan oleh Ikmal Amry. 

‘From Saga With Love’ boleh ditonton di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com. 

Aqilah Paharuzi