Drama By: Afiqah Azizan March 21, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’

Pasang surut kehidupan itu adalah lumrah. Namun, ada juga yang diduga dengan situasi yang lebih mencabar dari biasa.

Drama Samarinda terbaharu Ramadan ini yang berjudul ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’ memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (dilakonkan oleh Janna Nick).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.

Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya.

Perkahwinan abangnya, Lukman (dilakonkan oleh Syah Iskandar), dengan Sabrina (dilakonkan oleh Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.

Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (lakonan Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (dilakonkan oleh Hisyam Hamid).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb)

Saksikan kekuatan gadis ini mengharungi segala ujian yang menimpanya.

Cerita Apa? ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 15 Dec 2022
Drama Wed, 15 Feb 2023
Drama Fri, 19 May 2023
Drama Fri, 24 Mar 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Irama Kita’

Sebuah kisah yang mempesonakan.

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

| Live TV