Drama By: Afiqah Azizan May 18, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bunga, Aku Tunggu’

Soal hati dan perasaan bukanlah perkara yang ringan. Ia mampu membuat seseorang itu bertindak di luar kawalan.

Drama slot Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Bunga, Aku Tunggu’ memaparkan kisah yang memberi peringatan tentang hal ini.

 

Siri ini dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose. Ia menyoroti watak Kamal Iman yang merupakan seorang jurutera komputer.

Jejaka berusia lewat 20-an itu dikenali di tempat kerja sebagai seorang cerdik pandai. Namun, dia juga mempunyai reputasi sebagai seorang yang sering bersendirian.

Walaupun dia jarang bersosial bersama rakan sekerja, dia adalah seorang yang sangat baik hati dan tidak lokek untuk menghulurkan tangan bagi mereka yang memerlukan bantuannya. Dia disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya.

Walau bagaimanapun, kehidupannya berubah dengan kehadiran seorang pekerja baharu yang bernama Bunga. Bunga adalah seorang gadis yang manis, naif dan baik hati.

Rasa cinta mula berputik. Dalam diam, Kamal jatuh hati terhadap Bunga. Dia cuba untuk mendekati Bunga dengan lebih rapat.

Namun, taruhan perasaannya itu yang pada mulanya perkara normal berubah dan menjadi semakin membuak. Perkara ini berlarutan sehingga Kamal menjadi obses terhadap Bunga.

Obsesi Kamal untuk memiliki Bunga melampau sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja kepada sesiapa yang dilihat sebagai ‘pesaing’ buat dirinya. Sejauh manakah obsesi Kamal akan mempengaruhi hidupnya?

Cerita Apa? ‘Bunga, Aku Tunggu’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 25 Apr 2023
Drama Tue, 14 Nov 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘ILYS’

Dalam benci, ada sayang.

Drama Thu, 30 Nov 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kami Orang KL’

Kehidupan di KL ada bezanya.

Drama Fri, 3 Mar 2023
Drama Wed, 10 Jan 2024

Imbas Kembali: 5 Drama Tahun 2023 Yang Wajib Ditonton

Pelbagai genre dengan jalan cerita yang mantap!

Drama Tue, 14 Feb 2023
Drama Tue, 21 Nov 2023

Di Sebalik Watak: ‘ILYS’

Comel je cerita ikan keli Ezzanie Jasny!

Drama Mon, 21 Aug 2023

Megat Sharizal dan Faizul A Rashid Berganding Bahu Untuk ‘Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu’

Rugi kalau tak tengok siri arahan dua pengarah yang berpengalaman inI!